Volkswagen Malaysia baru-baru ini berkongsi di laman media sosial Instagram rasmi mereka dengan membuka pendaftaran untuk model baharu Volkswagen Touareg 2024 yang dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Serba sedikti spesifikasi mengenai Touareg terbaharu ini, kotak gear transmisi bagi model SUV baharu ini adalah transmisi automatik dengan lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda kekal 4Motion.
Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada SUV ini adalah lampu depan IQ.Light HD Matrix, suspensi udara automatik dan sistem bunyi Dynaudio Consequence dengan penguatan 730 watt.
Perubahan yang dilakukan pada model facelift ini adalah seperti gril yang direka bentuk semula untuk nampak lebih sporty, lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang lebih ganas dan intake hadapan yang lebih rendah serta lebar.
Info menarik mengenai Touareg ini, walaupun generasi pertama dan kedua Touareg pernah memasuki Malaysia, namun Touareg generasi ketiga ini merupakan model facelift yang akan dijual di pasaran Malaysia.
Touareg generasi ketiga telah diperkenalkan di peringkat global sejak Mac 2018, namun ia tidak dibawa ke pasaran Malaysia ketika itu, dan facelift terbaharu ini telah dipertingkatkan sejak Mei 2023 lalu.
Walaupun belum ada harga rasmi dikeluarkan, namun kini pasaran Malaysia sudah bersedia untuk kepulangan model Volkswagen Touareg generasi ketiga yang akan didedahkan sepenuhnya oleh VPCM tidak lama lagi.