Volkswagen permudah urusan beli/jual kereta terpakai menerusi pengenalan ciri baharu di Das WeltAuto

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan platform beli/jual kenderaan terpakai Das WeltAuto yang telah dinaiktaraf untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri yang dipertingkatkan termasuklah susun atur laman web yang lebih minimalis, dan penawaran fungsi "Sell Your Car" yang membolehkan para pemilik menjual kereta Volkswagen masing-masing kepada pengedar sah.

Dengan ciri "Sell Your Car" ini, pemilik hanya perlu menghantar perincian kenderaan menerusi laman web, sebelum urusan pemeriksaan percuma dibuat sama ada di rumah atau di lokasi pengedar.

Tawaran sokongan penukaran yang menarik juga ada disediakan bagi pelanggan yang ingin menukarkan kereta lama mereka kepada model terkini Volkswagen.
 

Das WeltAuto


Ciri baharu ini melengkapkan lagi ekosistem Das WeltAuto sebagai satu platform beli dan jual kenderaan Volkswagen terpakai yang diperakui.

Pelanggan juga boleh menggunakan ciri tapisan 'Nearly New Cars' yang menyenaraikan kereta-kereta dengan jarak perbatuan kurang 12,000 km dan tarikh pendaftaran dalam tempoh setahun.

Setiap kenderaan yang diterima untuk tujuan tukar beli akan menjalani proses pemeriksaan 113 poin yang menyeluruh dilakukan dan disahkan oleh juruteknik bertauliah Volkswagen, selain jaminan pemasangan alat ganti tulen, bebas daripada kemalangan dan juga banjir.

Setiap kereta didatangkan dengan jaminan lanjutan selama satu tahun dan bantuan tepi jalan selama 12 bulan.

Das WeltAuto kini boleh didapati di sepuluh pengedar iaitu Volkswagen Puchong, Volkswagen Tebrau, Volkswagen Skudai, Volkswagen Gombak, Volkswagen Juru, Volkswagen Alor Setar, Volkswagen Seremban, Volkswagen Glenmarie, Volkswagen Ipoh dan Volkswagen Melaka.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…