Volkswagen perlihat ID.X Performance Concept – sedan elektrik 550 hp serba agresif

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh beberapa tahun akan datang, Volkswagen bakal menjanjikan dan menyajikan beberapa buah model berprestasi tinggi berkuasa elektrik, termasuklah hot hatch Golf GTI dan Golf R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda mahukan gambaran sedan elektrik pantas daripada VW?

Sebuah sedan agresif yang dinamakan ID.X Performance Concept telah muncul di alam maya dengan membawakan rupa paras yang diinspirasikan daripada francais Fast & Furious.
 

IDX


Sesuai sangat untuk geng-geng prihatin alam sekitar yang mahukan sedan elektrik yang nampak pantas dan bergaya.

Dibangun berdasarkan sedan elektrik ID.7 yang muncul beberapa bulan lepas, ID.X Performance Concept membawakan rekaan bampar yang agresif, liang udara yang besar pada kiri dan kanan bampar, diffuser belakang gentian karbon, dan trim merah ala GTI.
 

IDX


Untuk memastikan sedan ini melekat di atas jalan raya, VW telah memasangkan spoiler belakang yang agak lebar, dibantu dengan sistem gantungan 60 mm lebih rendah berbanding model ID.7 standard.

Disebalik arka roda yang sedikit lebar itu, VW telah memadankan rim aloi bersaiz 20 inci yang lebih ganas rupanya, sebelum dibaluti getah yang telah diadun khas untuk tujuan kelajuan.

ID.X Performance Concept ini dibangun menggunakan senibina MEB, dengan motor elektrik berkembar berkuasa 550 hp dan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 200 kW.
 

IDX


Persoalannya, adakah model konsep ini bakal direalisasikan kelak?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…