Volkswagen ID.4 2021 - SUV elektrik dengan jarak operasi 402 km

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan model pertama Volkswagen ID.3 - hatchback segmen C - pada September tahun lalu, giliran model kedua pula memunculkan diri sebagai ahli keluarga baharu ID, iaitu SUV ID.4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi dimensi, model ID.4 ini membawakan ukuran 4,585 mm x 1,852 mm x 1,636 mm dengan jarak antara roda 2,766 mm, lebih kecil berbanding model SUV Tiguan.

Walaupun kecil, ID.4 ini ternyata mampu menawarkan ruang kargo sebesar 858 liter di belakang tempat duduk baris kedua, dan boleh ditambah kepada 1,818 liter apabila tempat duduk dilipat.

 


SUV elektrik jarak jauh pertama dari Volkswagen ini datang dalam dua varian, di mana varian asas hadir dengan motor elektrik tunggal berkuasa 201 hp dan 309 Nm yang memacu roda belakang.

Pek bateri pula berkapasiti 82 kWh yang diposisikan rendah di bawah badan, dan mampu memberikan jarak operasi sejauh 402 km untuk sekali caj penuh berdasarkan data kitaran EPA.

Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 8.5 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 160 km/j sahaja.

 


Sementara varian yang lebih berkuasa pula datang dengan motor elektrik tambahan, pacuan semua roda dan angka output 302 hp yang bakal hadir pada tahun hadapan.

VW ID.4 dilengkapi dengan keupayaan pengecasan AC dan DC, di mana pengecas 11 kW terbina membolehkan ID.4 mencapai jarak sejauh 53 km untuk tempoh satu jam, atau pengecasan penuh dalam masa tujuh jam setengah di rumah ataupun di stesen pengecasan umum Level 2.

Dengan pengecasan pantas DC 125 kW, VW ID.4 mampu mencapai kapasiti sehingga 80 peratus dalam masa 38 minit sahaja.

 


Kelengkapan dalam ruang kabin terdiri daripada skrin ID.Cockpit digital 5.3 inci, sistem paparan infotainmen Discover Pro 10 inci (12 inci Discover Pro Max dengan pakej Statement) yang menawarkan ciri navigasi, telematik, sistem bantuan pemanduan dan sokongan kata sapaan 'Hello ID'.

Ciri keselamatan yang didatangkan termasuklah Front Assist, Side Assist, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Cruise Control Adaptif, Lane Assist, Travel Assist dan juga Emergency Assist.

Harga jualan untuk pasaran Amerika Syarikat adalah seperti berikut:

ID.4 RWD - $39,995 (RM166,839)
ID.4 AWD Pro - $43,695 (RM182,274)

 


Untuk para pembeli Volkswagen ID.4 First Edition pula, harga yang diletakkan adalah bermula dari $43,995 (RM183,525) yang merangkumi pakej tambahan Statement dan Gradient, serta pakej penggayaan yang unik.

Volkwagen memproduksikan ID.4 di Volkswagen Chattanooga Assembly Plant bermula tahun 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…