Volkswagen Golf R 3 pintu - 10 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan tempahan untuk model VW Golf R versi 3 pintu yang terhad kepada 10 unit sahaja dan didatangkan dengan warna Lapiz Blue.
Kawasaki Legend Reborn

Volkswagen Golf R 3 pintu ini akan dijual pada harga RM268,888 (harga sebelum pendaftaran). 

 

Golf R versi 3 pintu ini masih mengekalkan nadi enjin turbo 2.0TSI yang digandingkan dengan transmisi DSG jenis klac basah mampu menghamburkan sejumlah 290 PS dan 380 Nm daya kilas.

Kuasa tersebut kemudian disalurkan ke semua roda menggunakan sistem pacuan semua roda 4Motion.

Golf R ini didatangkan dengan pakej kerusi kulit jenis Vienna, rim aloi bersaiz 19 inci, sistem Active Info Display 12.3 inci, sistem Discover Pro 9.2 inci, lampu utama LED dengan ciri Dynamic Cornering Light dan lampu belakang LED dengan ciri indikasi dinamik.

 

 

Walaubagaimanapun, Golf R tidak disertakan ciri kunci KESSY yang membolehkan enjin dihidupkan dari jauh, fungsi memori pada cermin sisi dan kerusi pemandu berkuasa elektrik. 

Menurut Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM berkata kehadiran Golf R versi 3 pintu ini membuatkan para peminatnya teruja disebabkan ia merupakan model yang paling dinantikan di antara rangkaian Golf yang ditawarkan.

"Kami menganggarkan kesemua 10 unit ini akan terjual dalam masa yang singkat," tambah beliau. 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah, dengan ciri kepantasan unsur cahaya bergerak dari satu tempat ke satu tempat menjadikan ia…
Berita Global
Namum begitu menurut Oliver Blum, Ketua Eksekutif Porsche, diesel masih tetap menjadi penjana…
Berita Global
Oleh itu, tidak menghairankan apabila mereka memperlihatkan model konsep yang tidak dilengkapi…