Volkswagen edar 500 ribu EV, capai sasaran setahun awal

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen telah berjaya mengedarkan 500,000 unit kenderaan elektrik di bawah subjenama ID. sejak model pertama ID.3 diserahkan kepada pelanggan pada Oktober 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, VW telah berjaya mencapai sasaran produksi setahun lebih awal berbanding jangkaan, walaupun berdepan dengan situasi yang tidak diduga seperti masalah kekurangan bekalan komponen.

Malah, dengan pencapaian 500,000 EV yang terdiri daripada model ID.3, ID.4, ID.5 dan ID.6 membuktikan model kereta elektrik Volkswagen mendapat sambutan baik dari pelanggan.

Menurut Imelda Labbé, Ahli Lembaga Jualan, Pemasaran dan Selepas Jualan Volkswagen berkata, "kami berada di landasan tepat dengan kempen mobiliti elektrik dan kisah kejayaan kami yang berterusan.
 

ID


"Fokus kami tidak berubah - kami mahu menjadikan Volkswagen satu jenama yang paling diingini untuk mobiliti mampan.

"Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi 135,000 tempahan ID untuk para pelanggan kami secepat mungkin. Namun disebabkan situasi berhubung bekalan alat ganti, kami perlu berterusan melaraskan kembali sasaran produksi kami.

Volkswagen juga kini bekerja keras untuk memastikan kesemua modelnya dikemaskini, dan bakal melancarkan 10 buah model EV baharu menjelang tahun 2026.

Menjelang 2030, kenderaan elektrik akan menguasai 70 peratus jualan VW di Eropah, sebelum mencapai sasaran 100 peratus jualan EV di benua tersebut pada tahun 2033.

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…