Volkswagen California 2024 rasmi diperkenal, mahu kembara ke mana?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen California Ocean 2024
Volkswagen California Ocean 2024
Jika sebelum ini Careta memaparkan tentang model konsep, kali ini van pekhemah sebenar iaitu Volkswagen California generasi ketujuh yang baru diperkenal di Eropah.

California model yang laris dengan pengeluaran sudah pun melebihi 280,000 buah. Dari segi kedudukan, California diletakkan di antara Caddy California dan Grand California.

Model terbaru diasaskan dari VW Multivan jenis panjang dan menggunakan pelantar modular transverse matrix (MQB).

Volkswagen Commercial Vehicles juga telah mereka semula setiap bahagian van menjadikannya lebih luas, pintar, canggih, versatil dan lestari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen California 2024

 

Buat kali pertama California dilengkapi dua pintu gelangsar yang bukan sahaja memudahkan penumpang tetapi juga barangan dan susunan perkakasan.

Juga kali pertama, rangkaian kuasa hibrid plug-in dengan pacuan semua roda. Maknanya, selain bahan api fosil California boleh dipandu sebagai kenderaan elektrik (EV).

Kesemua California dilengkapi bumbung boleh buka dengan tingkap depan dan bukaan besar selain dua tingkap sisi yang mempunyai jaring nyamuk.

Sengkuap yang menggoda di dalam gambar ditawarkan sebagai pilihan. 

 

Volkswagen California Ocean 2024

 

Satu lagi ciri baharu ialah kerusi belakang jenis individu dan bukan jenis bersambung (bench) yang membolehkan pengguna memuatkan basikal di dalam van dan bukan di luar.

California Beach Tour dan ke atas dilengkapi unit kawalan van pekhemah baharu yang dipasang pada tiang C.

Semua fungsi van pekhemah boleh ditetapkan dan diperiksa melalui paparan skrin.

Pengguna juga boleh membuat tetapan melalui aplikasi di dalam sistem maklumat hibur dan aplikasi telefon pintar.

 

Volkswagen California Ocean 2024

 

Ukuran (mm):

  • Panjang: 5,173
  • Lebar: 1,941 (tidak termasuk cermin sisi)
  • Tinggi: 1,990 (termasuk khemah yang direndahkan)
  • Tinggi: 1,297 (dalaman, bumbung ditutup)
  • Tinggi: 2,108 (khemah dibuka)
  • Jarak roda: 3,124 
Volkswagen California Ocean 2024

 

Varian Volkswagen California:

California Beach

  • Ibarat Multivan dengan bumbung boleh buka jenis manual
  • Enam tempat duduk
  • Ruang untuk dua orang tidur dibawah bumbung boleh buka

California Beach Tour

  • Kerusi depan boleh pusing dan laras tinggi (Beach Camper, Coast dan Ocean)
  • Lima tempat duduk
  • Tambahan bateri pekhemah (40 Ah LiFePo)

California Beach Camper

  • Lima tempat duduk
  • Dapur mini kompak
  • Sumber/soket untuk kuasa luar (shore power) 230 volt

California Coast

  • Empat tempat duduk
  • Dapur penuh
  • Bateri van pekhemah kedua (2 x  40 Ah LiFePo) - sama seperti Ocean
  • Katil boleh lipat di bahagian ruang tamu dengan ukuran 1,980 x 1,060 mm

California Ocean

  • Varian andalan
  • Empat kerusi
  • Kerusi depan dengan pemanas
  • Balutan fabrik kerusi Mélange Raven yang dibuat dari bahan kitar semula
  • Tangki air bersih 32 liter, sama seperti Coast - lima liter lebih besar
  • Meja lipat luar sama seperti Coast dan boleh digunakan di dalam van sebagai meja tambahan
  • Tambahan soket luar 230 volt untuk hob elektrik
Volkswagen California Beach 2024

 

Rangkaian kuasa

California digerakkan tiga pilihan enjin dan padanan kotak gear automatik tukaran terus.

Enjin diesel turbo TDI menghasilkan 150 ps manakala enjin petrol turbo TSI memiliki kuasa 204 ps dan kedua-dua menggerakkan dua roda depan.

Model hibrid plug-in eHybrid pula mempunyai kuasa 245 ps (kuasa keseluruhan). 

California merupakan model MQB pertama Volkswagen Group yang menggabungkan hibrid plug-in dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION. 

 

Volkswagen California Ocean 2024


Pakej kacukan terdiri daripada enjin 1.5 TSI evo2 dan sebuah motor elektrik.

Jualan awal California bermula pada Jun dan penghantaran pertama dijadual pada setengah tahun kedua 2024.

Pengguna di pasaran terpilih nampaknya sudah boleh merancang untuk mengembara ke serata dunia menggunakan California baharu!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen California Ocean 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru VWCV memperkenalkan California CONCEPT baharu di Jerman. Van itu diubah suai daripada…