Volkswagen cadang cantas 5,000 pekerja

oleh HEZERI SAMSURI|
Volkswagen bercadang untuk melenyapkan 5,000 tenaga pekerjaan dengan menawarkan pencen awal atau pakej separa bersara kepada pekerja-pekerja berusianya.

Pelan tindakan itu dijangka akan menelas kos setinggi €500 juta kepada syarikat kenderaan tersebut.

Menurut laporan akhbar Handelsblatt semalam, VW telah bersetuju untuk menawarkan pakej separa bersara kepada pekerja-pekerja yang lahir dalam tahun 1964 dan juga menawarkan pakej persaraan untuk pekerja-pekerja yang lebih berusia.

Ia juga mendakwa VW akan memanjangkan tempoh pembekuan pengambilan pekerja baharu sehingga ke hujung tahun ini.

Januari lalu, Kumpulan VW berkata ia akan mengurangkan kos overhed sebanyak lima peratus dan kos pemerolehan sebanyak tujuh peratus untuk dua tahun ini.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sharan generasi kedua terus dijual sehingga kini dan jualan kumulatif termasuk generasi pertama…
Berita Global
  Walaupun menerima pengecualian duti dan cukai, kereta elektrik masih lagi pada lingkungan harga…
Berita Global
  Jika ukuran ID.4 lebih daripada 4.5 meter panjang dan 1.6 meter tinggi, ID.3 pula lebih kecil…