Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION - lagi pantas dari BMW 330i M Sport?

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika prestasi, kecantikan dan lain dari yang lain ialah aspek yang anda mahu, Volkswagen Arteon R-Line 4Motion memang jawapannya.

Menurut Marco Pavone, Ketua Rekabentuk Luaran Volkswagen (VW), Arteon memang dihasilkan dengan bentuk yang "avant-garde", bermakna ia perlu nampak segar dan progresif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri-ciri tersebut ditonjolkan dengan jelas melalui garisan lampu, bar krom dan liang udara di hadapan.

Gril dan hud itu pula memberikan bentuk yang unik hanya kepada Arteon dan sesuai dengan karektornya sebagai sebuah kenderaan Gran Turismo.

"Bila seseorang melihat Arteon melalui cermin pandang belakangnya, dengan pantas dia mampu mengecam bahawa ia adalah sebuah Arteon," ujar Pavone.

Hud yang melengkung ke sisi (clamshell hood design) itu juga memberikan ciri-ciri istimewa untuk membezakan Arteon dari saudaranya, Passat.

 

 

Namun begitu, menurut Pavone lagi, tidak semestinya VW akan terus menggunakan hud clamshell untuk model-model VW akan datang.

"Rekabentuk kenderaan kami tidak ditentukan oleh jenis hud, tetapi hud akan direka bagi memenuhi keperluan rekabentuk kenderaan itu sendiri.

"Ini sama seperti lampu-lampu LED untuk DRL kami. Setiap rekabentuk akan mempunyai DRL LED yang tersendiri dan kami tidak mengkhususkan satu bentuk DRL untuk satu model khusus," jawab Pavone kepada soalan e-mail kami.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan melancarkan Arteon R-Line 4MOTION mereka esok (Jumaat jam 12.30 tengahari di Facebook dan YouTube VPCM).

 

 

Selain dari menggunakan enjin 2.0L TSI dengan 280 PS dan 350 Nm serta fungsi 4MOTION pacuan 4-roda, Arteon R-Line akan mempunyai prestasi yang lebih cemerlang dari pesaing-pesaingnya.

Sebagai contoh, dengan kemampuan 0-100 kmsj yang mengambil masa hanya 5.6 saat, Volkswagen Arteon R-Line adalah lebih pantas dari BMW 330e M Sport, BMW 330i M Sport, dan Mercedes-Benz C200 AMG Line.

Harga dan ciri-ciri lain akan dikongsi semasa pelancaran esok.

Anda berani? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…