Volkswagen akan tawarkan fungsi ChatGPT di dalam kereta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena acara pameran teknologi CES 2024 di Las Vegas pada 10 hingga 12 Januari ini, Volkswagen telah umumkan bahawa fungsi chatbot popular, iaitu ChatGPT akan ditawarkan bersama fungsi bantuan suara IDA jenama tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walau bagaimanapun, fungsi ChatGPT itu tidak akan menggantikan sistem kilang VW, sebaliknya ia akan berfungsi sebagai pembantu sandaran apabila IDA tidak mempunyai jawapan yang jelas untuk soalan pemilik.

Ini bermakna jika anda memiliki model seperti ID.7, anda boleh bertanyakan pelbagai jenis soalan rawak  dan memperoleh jawapan yang boleh dikatakan hampir tepat dari ChatGPT.

 

2

 

Volkswagen turut menyatakan integrasi ChatGPT tidak mengakses data kenderaan jadi maklumat peribadi tidak boleh dihantar ke AI (Kecerdasan Buatan) global dan semua soalan akan dipadamkan serta-merta.

Menariknya, fungsi ChatGPT itu akan disepadukan bersama sistem infotainmen semasa Volkswagen untuk kelancaran operasi dengan menggunakan arahan suara.

Menurut jurucakap Volkswagen, fungsi terbaharu itu akan ditawarkan untuk beberapa model di pasaran Eropah bermuka suku kedua 2024.

 

Sumber: Volkswagen melalui Motor1

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…