VinFast sekadar jual 128 VF8 sepanjang Januari-Mei 2023

oleh Mohamad Hanif|
Pendatang baharu dalam segmen kenderaan elektrik, VinFast tidak dapat menikmati prestasi jualan yang pantas seperti mana yang diidamkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Automotive News, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, pengeluar automotif Vietnam itu hanya sekadar menjual 128 unit SUV elektrik VF8 sahaja.

Ia bukanlah satu perkembangan yang positif, memandangkan VinFast baharu sahaja memulakan pengedaran pada Mac yang lalu, dengan hampir 3,000 unit diimport masuk ke pasaran Amerika Syarikat.

Antara puncanya ialah harga jualan yang agak mahal untuk VF8 City Edition (bermula dari $55,000 atau RM250 ribu) untuk sebuah SUV yang mampu bergerak sejauh 288 km, di mana spesifikasi VF8 tersebut telah ditambah baik supaya mampu mencapai jarak gerak 333 km.
 

VF8


Walaupun dengan harga jualan kini bermula dari $46,900 (RM213,043), crossover elektrik tersebut tetap tidak layak untuk mendapat insentif rebat disebabkan VinFast VF8 tidak dipasang di Amerika Utara.

Satu berita positif, sepanjang tempoh tersebut VinFast VF8 nampaknya berjaya mengatasi pendaftaran EV baharu seperti Jaguar I-Pace dan Mazda MX-30 EV.

Beberapa bulan lepas, Vinfast VF8 mendapat kritikan keras daripada wartawan automotif Amerika Syarikat, di mana ada di antara mereka yang menyifatkan model tersebut sebagai 'kereta tak siap'.

Baca: Wartawan automotif US kritik Vinfast VF8

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini media permotoran Amerika Syarikat telah mengeluarkan laporan pandu uji masing-masing…