VIDEO: Yamaha TMax 500 "recond"  pada RM23,800!

oleh HEZERI SAMSURI|
Maxi skuter pertama Jepun yang memecah masuk pasaran Eropah dengan prestasi dan pengendalian yang mantap ialah Yamaha XP500 atau lebih dikenali sebagai model TMax.

Yamaha memang yakin dengan produk mereka ini dan mungkin kerana itu selain dari melancarkan TMAX di Iwata, Jepun, Yamaha juga melancarkan TMAX di Naples, Itali - nadi skuter-skuter moden di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang menarik ialah pada masa ia dilancarkan, TMAX ialah skuter dengan enjin paling berkuasa di dunia (untuk jenis produksi). 

 

 

Oleh kerana itu, Yamaha tahu ia perlu mempunyai pengendalian yang hebat dan geometri kerangka skuter tradisional di mana enjin menjadi sebahagian dari lengan ayun belakang tidak mampu memberikan tunggangan yang meyakinkan di selekoh-selekoh.

Yamaha membuat keputusan untuk mengikat enjin TMAX ini pada kerangka dan lebih hampir kepada bahagian hadapannya. Ini bermakna sebagai skuter, enjin TMAX ini tidak lagi menjadi lengan ayun roda belakang.

 

 

Lengan ayun biasa digunakan, disambung dengan kerangka silinder keluli (tubular steel frame) yang juga jauh berbeza dari kerangka kepingan besi seksyen U monocoque yang sering digunakan pada skuter dan Vespa.

TMAX wujud selepas Yamaha berjaya menggegarkan dunia dengan skuter Majesty 250 (yang juga dijual di Malaysia). 

TMAX turut memenangi anugerah emas untuk Good Design Award di Jepun dalam tahun 2001 dan seorang wartawan permotoran UK, Kevin Ash berkata TMAX ialah pencetus genre maxi-skuter dunia.

 

 

Model TMAX tidak dijual secara rasmi di Malaysia, tetapi Hong Leong Yamaha memang mempunyai satu unit TMAX generasi pertama dan kemudian digantikan dengan generasi kedua.

Penulis pernah menunggang uji kedua-dua unit dari Hong Leong Yamaha sendiri dan boleh dikatakan minat penulis kepada maxi-skuter bermula dari TMAX generasi pertama warna kuning milik Hong Leong Yamaha.

 

 

Unit "reconditioned" yang dilihat sendiri oleh penulis di GoDaddy Motorsport ini dipercayai dari generasi kedua skuter TMAX.

Ini berdasarkan brek cakera kembar di hadapan dan brek parkir pada roda belakang.

Generasi Kedua TMAX muncul dari tahun 2004 sehingga 2007 dan perubahan paling ketara ialah penggunaan "fuel injectors" mengggantikan karburetor untuk enjin "parallel twin" itu.

Ia memberikan jumlah tenaga dan daya kilas yang lebih tinggi.


Spesifikasi TMAX G2 (generasi kedua)

  • Enjin
    • Sejukan cecair 4-lejang 8 injap DOHC kembar selari (parallel twin) dengan sesaran 499cc
  • Tenaga maksimum
    • 43.7hp @ 7,500 rpm untuk model 2004-2007 (fuel injection)
  • Daya kilas maksimum
    • 47.6 Nm @ 6,250 rpm
  • Transmisi 
    • V-Belt Automatic CVT
  • Brek
    • Brek cakera kembar 265 mm (hadapan)
    • Brek cakera tunggal 267 mm (belakang)
  • Berat
    • 225kg - 230 kg
  • Tangki bahan api
    • 14 liter
  • Halaju maksimum
    • 160 kmsj


Saksikan VLOG lawatan Careta ke Go Daddy Motorsport. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…