Video: Hennessey VelociRaptor Ranger vs Ford F-150 Raptor. Siapa lebih pantas?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memandangkan di Amerika Syarikat, tiada sebarang penawaran Ford Ranger Raptor diberikan oleh Blue Oval bukanlah bermakna ia suatu yang buruk, kerana di negara tersebut sudah pun mempunyai barisan trak pikap yang hebat-hebat, seperti contoh Ford F-150 Raptor.

Selain daripada itu, negara US juga tidaklah sunyi dengan kebanjiran penala-penala terkemuka mampu menghasilkan sebuah produk yang jauh lebih berkuasa. 

Seperti contoh, Hennessey yang berjaya menghasilkan sebuah Velociraptor Ranger dengan enjin asal Ford EcoBoost 2.3 liter itu telah dirombak semula bagi meningkatkan kuasa daripada 270 hp kepada 350 kuasa kuda, dengan daya kilas 420 Nm. 

Namun, jika sebuah Hennessey VelociRaptor Ranger ditakdirkan untuk melawan sebuah Ford F-150 Raptor, bagaimanakah hasil akhir perlumbaan antara kedua-dua model tersebut?

 


Berdasarkan video di atas, sudah tentu kelebihan diberikan kepada Hennessey VelociRaptor dengan masa pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat, lebih pantas berbanding Ford F-150 Raptor dengan enjin 3.5 liter V6.

Terima kasih kepada kerja-kerja naiktaraf seperti penggunaan sistem induksi udara aliran tinggi, sistem ekzos tahan karat catback, serta ECU yang telah ditala semula. 

Sebagai perbandingan, Ford Ranger standard mampu memecut sepantas 7.4 saat manakala Ford F-150 Raptor pula lebih pantas, sekitar 5.7 saat sahaja. 

Hennessey turut menjalankan proses modifikasi fasa 1 terhadap sistem suspensi off-road yang memberikan tambahan empat inci kepada ketinggian sedia ada. 
 


Dengan rim 17 inci HPE pula menghiasi ruang arca roda sebelum dibaluti dengan getah off-road BF Goodrich, VelociRaptor Ranger ini enam inci lebih tinggi berbanding Ford Ranger standard. 

Turut menerima penambahbaikan ialah penggunaan lampu jenis LED, naiktaraf cangkuk tunda serta bar lampu LED di bahagian bumbung.

Jika harga sebuah Ford Ranger berkisar sekitar $24,300 (RM99,498), Hennessey VelociRaptor Ranger pula dijual pada harga $64,950 (RM265,942) termasuk kos penderma Ford Ranger standard.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…