VIDEO: Dengarkan bunyi sebenar Kawasaki ZX-25R!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini Kawasaki Indonesia telah mendedahkan tujuh video teaser, di mana salah satu daripadanya mengesahkan bahawa enjin empat silinder sebaris tersebut mampu mencapai tahap putaran enjin setinggi 17,000 rpm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, sebuah lagi video teaser didedahkan oleh pihak Kawasaki Indonesia memberikan bayangan sebenar bagaimanakah ZX-25R - jentera suku liter dengan enjin empat silinder sebaris - membelah jalan raya tidak lama lagi. 

Berdasarkan bunyi yang terhasil, dapat diandaikan ianya dirakam di dalam litar ketika penunggang uji memecut dan mengerah segala kuasa yang terpendam daripada enjin sehingga ke tahap garisan merah.

 


Teruja?

Ya, satu-satunya motosikal di dalam kelas suku liter yang hadir dengan enjin empat silinder sebaris, dan ternyata nada dan not-not ekzos yang terhasil sungguh mengasyikkan. 

Tidak dapat dipastikan bilakah tempoh masa yang ditetapkan oleh Kawasaki Indonesia untuk pelancaran rasmi Kawasaki ZX-25R. 

 

 

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Model Terbaharu
Dengan kehadirannya ke pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R kini menjadi model paling berkuasa dalam…
Berita Global
Selain daripada itu, ia masih lagi merupakan model yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia…