VIDEO: Cara import motorhome/campervan impian ke Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Kami yakin, ada di antara para pembaca Careta sendiri yang geram untuk membeli dan memiliki sendiri sebuah campervan atau motorhome idaman berdasarkan reaksi yang kami dapati menerusi hantaran di Facebook, Instagram dan juga YouTube.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang memiliki bajet yang besar, sebenarnya terdapat cara yang mudah untuk diikuti sekiranya anda tahu cara yang sebetul-betulnya untuk membawa sebuah campervan/caravan/motorhome idaman terus ke Malaysia.

Merujuk kepada video yang diterbitkan oleh 24 Hour Traveller menerusi laman YouTube, mereka mendapatkan maklum balas daripada seorang rakyat Malaysia yang berjaya mengimport secara rasmi sebuah Mercedes-Benz Sprinter yang lengkap dengan modifikasi menjadi sebuah campervan.

 


Menurut Encik Shamsul bin Rosli yang kini menetap di Seremban, Negeri Sembilan, beliau menginginkan sebuah campervan Mercedes-Benz Sprinter Panel Van, namun hasrat beliau agak sukar kerana model bertransmisi automatik amat kurang didapati di UK, sebelum berjaya menjumpai model yang diinginkan di Heathrow.

Kenapa di UK?

Ini kerana Encik Shamsul mahukan proses modifikasi menjadi sebuah campervan dilakukan mengikut peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan UK.

Jadi, hasilnya bukanlah cikai macam bengkel bawah pokok, akan tetapi hasil kerja yang terbaik oleh bengkel yang telah diiktiraf dan berlesan. Hampir sebulan tempoh yang diperlukan untuk Mercedes-Benz Sprinter menjalani proses modifikasi menjadi sebuah campervan yang lengkap.

Selain daripada itu, menukar status panel van juga adalah lebih mudah dilakukan di UK berbanding di Malaysia, dimana proses penukaran status kenderaan komersial kepada kenderaan peribadi tidak begitu rumit, malah untuk menukar kepada status campervan juga amat mudah.

Setelah membayar segala kos pembikinan campervan dan cukai yang dikenakan, baharulah proses penghantaran Mercedes-Benz Sprinter itu dilakukan menerusi kapal kargo yang mengambil masa kira-kira dua minggu untuk sampai ke tanah air.

Memandangkan model Mercedes-Benz Sprinter sudah pun ada di Malaysia, maka proses pendaftaran VTA (vehicle type approval) tidak mendatangkan sebarang kerumitan.

Malah, proses seterusnya hanyalah urusan hal-hal berkaitan kastam seperti pembayaran cukai import, dan cukai jualan, pendaftaran di JPJ dan penukaran status di Puspakom sebagai van tingkap (dan bukannya van panel).

 


Dalam temubual yang dijalankan oleh 24H Traveller, Encik Shamsul memberikan beberapa poin penting untuk tatapan anda yang mahu mengimport sendiri campervan/caravan/motorhome ke tanah air seperti:

1. Disebabkan AP sudah pun dimansuhkan pada tahun 2016, sesiapa sahaja rakyat Malaysia dibolehkan untuk mengimport motorhome dari luar negara. Pun begitu, Encik Shamsul menyarankan supaya patuh kepada prosedur dan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.

2. Setiap motorhome yang sampai ke tanah air akan dikenakan cukai import kastam sebanyak 35 peratus dan cukai jualan 10 peratus daripada harga sebenar motorhome yang dibawa masuk. Jadi, adalah lebih penting sekiranya proses pengiraan kos dilakukan dengan teliti sebelum anda memulakan proses membawa balik motorhome idaman ke Malaysia.

Catatan Encik Shamsul boleh dirujuk pada pautan Facebook di bawah:
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…
Hezeri Samsuri
Untuk mempromosikan pelaburan automotif ke dalam negara pula, India memberikan insentif cukai dan…
Berita Domestik
Menurut laporan DagangNews, selain daripada mengimport masuk kenderaan elektrik bateri (BEV) ke…