MITI lulus permohonan Tesla import EV ke Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla untuk bertapak di Malaysia.

Menurut laporan DagangNews, selain daripada mengimport masuk kenderaan elektrik bateri (BEV) ke Malaysia, Tesla juga akan membuka ibu pejabat, pusat servis serta mewujudkan rangkaian stesen pengecasan Supercharger.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kehadiran Tesla di Malaysia dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen BEV dan
meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem Tesla di peringkat domestik serta global.

Katanya, pihaknya gembira dengan keputusan Tesla untuk turut serta dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

"Ini membuktikan keyakinan Tesla terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia.

"Walaupun telah banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, sambil terus menaikkan profil Malaysia sebagai negara pro-perdagangan, pro-industri dan pro-pelaburan.

"Kami juga akan memanfaatkan ekosistem Elektrik & Elektronik secara strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi teknologi berkaitan mobiliti elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: DagangNews

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarat baharu terbabit turut menetapkan keperluan output kuasa minimum 180 kilowatt (kW) bagi model…
Berita Domestik
"Kenaikan harga hanya melibatkan model EV mewah yang diimport sepenuhnya seperti jenama premium…
Informasi
"Memandangkan kita masih mengimport kira-kira 400,000 tong sehari, (maka) kita tidak boleh menjual…