Video: Bagaimana Red Bull menyelenggara salah satu bahagian daripada jentera F1

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sukan permotoran berprestij seperti MotoGP dan Formula One tidak pernah murah kos pelaburannya, dan jika anda tertanya-tanya berapakah kos sebenar penyelenggaraan sebuah jentera lumba, Red Bull mempunyai jawapan tersendiri.

Memandangkan untuk menyelenggara sebuah jentera mungkin dilihat terlalu kompleks, Red Bull menyiarkan rakaman video bagaimana mereka memeriksa sebuah komponen yang kritikal, iaitu nose cone. 

Nose cone perlu diperiksa dengan teliti kerana bahagian itu sebenarnya menampung komponen yang menyumbang kepada daya turun sesebuah jentera, dan dalam masa yang sama bertindak sebagai penyerap tenaga dalam sesebuah pelanggaran. 
 


Walaupun pada zahirnya nampak normal, pihak Red Bull tidak mengambil ringan soal ini. 

Malah, Red Bull memeriksa kesemua 200 komponen komposit di antara perlumbaan bagi memastikan struktur gentian tersebut masih utuh untuk perlumbaan seterusnya. 

Setiap komponen akan diperiksa dengan teliti menerusi pemeriksaan visual, sebelum diimbas dengan menggunaan laser heksagon bagi memastikan ia tidak mengalami deformasi bentuk asalnya. 

Ujian ultrasonik pula dijalankan seterusnya bagi mengenalpasti retakan dan kadar kedalaman retakan tersebut. 
 


Setelah segalanya lulus, nose cone itu akan diuji di bawah tekanan beban yang bersesuaian sebelum ia dilayangkan dengan warna liveri pasukan Red Bull. 

Kos penghasilan untuk sebuah nose cone pula bermula dari $170,000 sehingga $200,000 (RM692 ribu - RM815 ribu), jadi tidak menghairankan apabila Red Bull memandang serius soal penyelenggaraan terhadap setiap satu komponen jentera yang dihasilkan. 

Kini anda tahu kenapa Formula One diiktiraf sebagai salah satu sukan yang termahal di dalam genre sukan bermotor. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…