VIDEO: Akio Toyoda lenjan GR Yaris rali sampai terbalik!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bekas presiden dan CEO Toyota, Akio Toyoda sekali lagi mengejutkan para peminat sukan permotoran dengan insiden cemas semasa memandu uji sebuah GR Yaris.

Tidak asing lagi, Toyoda atau dikenali dengan nama Morizo merupakan seorang yang aktif dan berkemahiran dalam sukan permotoran walaupun dengan usia 67 tahun.

Pada Disember 2023 lepas, Toyoda telah terlibat dengan kemalangan kecil semasa sesi pandu uji dengan sebuah GR Yaris versi rali di litar ujian Shimoyama di Jepun.

 

2

 

Ia terletak di dalam Pusat Teknikal Toyota Shimoyama yang telah beroperasi sepenuhnya pada April 2024, di mana ia merupakan sebuah pusat kemudahan R&D.

Rakaman onboard yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan GR Yaris yang dipandu Toyoda bersama co-pilot Norihiko Katsuta melanggar timbunan tanah di tengah litar hingga menyebabkan hot hatch itu terbalik.

 

3

 

Kedua-dua Akio Toyoda dan Norihiko Katsuta selamat tanpa sebarang kecederaan, di mana mereka kemudiannya merasmikan pusat R&D tersebut.

Menariknya, Toyota telah mempamerkan jentera rali GR Yaris yang terbalik itu semasa perasmian pusat R&D tersebut, sebagai bukti komitmen Toyota untuk menguji setiap kereta sehingga hadnya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…