Vega - Lamborghini bersaiz sebuah Lotus

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini yang diketahui umum sebelum ini sudah pun menghasilkan barisan supercar dengan penawaran enjin bentangan V10 dan V12, termasuklah sebuah SUV Urus dengan enjin V10 daripada Gallardo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pernahkah terlintas di dalam fikiran Lamborghini akan menghasilkan sebuah kereta sports bersaiz sebuah Lotus? 

Inilah yang cuba digambarkan menerusi lukisan konsep Vega yang dihasilkan oleh Grigory Butin sekiranya suatu hari nanti Lamborghini terdetik di hati dan naluri mereka hendak membina sebuah sports car bersaiz lebih kecil daripada Huracan. 
 


Menurut keterangan gambar, Lamborghini Vega mempunyai jarak antara roda (wheelbase) yang sangat pendek, jarak overhang depan dan belakang yang sangat minimum serta mempunyai bumbung panoramik yang besar. 

Manakala rekaan luaran pula banyak diambil inspirasi daripada Lamborghini Sesto Elemento dan model konsep Terzo Millenio sebelum digabungkan dalam sebuah lakaran model sports car kompak yang menyamai saiz sebuah Lotus. 
 


Menurut perekanya lagi, Lamborghini Vega ini direka untuk memuatkan sistem pacuan hibrid walaubagaimanapun perincian berkenaan hal tersebut tidak didedahkan. 

Sebagai informasi tambahan, model semasa Lamborghini Huracan memiliki saiz dimensi panjang 4,459 mm, lebar 1,924 mm dan ketinggian 1.6 meter dengan jarak antara roda sepanjang 2,620 mm. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …