LAMBORGHINI KEMASKINI LOGO BAHARU SELEPAS 20 TAHUN

oleh Firdaus Razani|
Selepas lebih dua dekad, Lamborghini baru-baru ini telah memutuskan untuk memberikan logonya kemas kini untuk mencerminkan keperluan dunia moden.

Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang dan ia akan mencerminkan nilai ‘keberanian, tidak jangkaan dan authentic.'

 

lamborghini

 

Selain itu, ia juga menjadi sebahagian daripada dorongannya ke arah 'kelestarian dan penyahkarbonan'.

Logo baharu dilihat lebih minimalis berbanding sebelum ini dan tiada kesan 3D, manakala huruf kini 'lebih luas' dan menjadi sebahagian daripada muka taip jenama rasmi.

 

lamborghini

 

Menurut Lamborghini, warna hitam dan putih kini menjadi warna utamanya sekali lagi yang pada awalnya diperkenal sejak awal 70-an, manakala kuning dan emas kini dianggap warna 'aksen'.

Jika bertanya apa asal usul lembu jantan itu, menurut teori paling popular dalam sejarah Lamborghini iailah zodiak pengasas Ferruccio Lamborghini adalah Taurus dan beliau pencinta sukan laga lembu.

 

 

SUMBER : TopGear

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan video ujian yang tular, prototaip yang disamarkan itu jelas menampilkan sayap belakang…
Berita Global
Difahamkan, trak pikap tersebut telah diubah suai dengan sistem suspensi yang ditinggikan, sekali…
Berita Global
Model itu dianggap sebagai bayangan masa depan jenama dari Sant’Agata Bolognese tersebut, dengan…