DBKL perkenal surau bergerak dan kenderaan baharu RRV untuk Skuad Penyelamat DBKL

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pengubah suai satu unit pejabat bergeraknya sebagai surau bergerak untuk memudahkan pengunjung program luar di sekitar ibu kota menunaikan solat.


Surau bergerak yang menggunakan lori seberat 10 tan itu dilengkapi dengan penghawa dingin serta tempat wuduk dengan kapasiti tangki air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita dalam satu-satu masa  sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. 


Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.


Beliau turut berkata kepada pemberita pada Ahad bahawa surau bergerak ini boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad.

 

surau
surau bergerak - gambar dari facebook DBKL

 

Turut dilancarkan adalah kenderaan baharu bagi Skuad Penyelamat DBKL iaitu Rapid Response Vehicle (RRV) yang dilengkapi peralatan kecemasan seperti mesin pemotong besi, gergaji dan pakaian anti lebah.


Kegunaannya adalah untuk memberi bantuan kecemasan bencana alam apabila terdapat pokok tumbang atau objek yang menghalang laluan awam selain menangani masalah gangguan binatang liar dan berbisa seperti ular, lebah dan tebuan.


"DBKL sudah ada persefahaman antara agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekiranya melibatkan ancaman haiwan berbisa dan tidak melibatkan nyawa, Skuad Penyelamat DBKL akan memberi bantuan segera,” katanya.

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, Abu Bakar Hussian…
Berita Domestik
  Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Roslina Abdullah, berkata, idea mewujudkan surau…