Usahawan plet nombor bergabung untuk hapuskan scammers

oleh HEZERI SAMSURI|
Usahawan-usahawan plet nombor di dalam negara bakal bergabung di bawah satu persatuan rasmi demi untuk membanteras gejala penipuan atas talian (scammers) yang berleluasa sekarang ini.

Menurut Norazli Azizan, 45, presiden jawatankuasa sementara Gabungan Usahawan-Usahawan Plet Nombor Malaysia, penipuan mengenai penjualan plet nombor sering berlaku dan ia memberikan imej buruk kepada mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Dengan penubuhan persatuan rasmi, setiap ahli akan diberi nombor keahlian agar pengguna mudah mengenali kami. Ia juga membantu pembeli untuk hanya berurusan dengan pengusaha yang berdaftar dengan persatuan sahaja," ujar Norazli yang juga dikenali sebagai Boy 21.

 

 

Norazli juga berkata antara agenda utama persatuan itu ialah untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

"Kami akan wujudkan khairat kematian serta bantuan untuk ahli-ahli yang sakit," tambahnya.

Sabtu lalu gabungan usahawan-usahawan ini mengadakan perjumpaan rasmi mereka untuk kali pertama di sebuah majlis yang meriah di Hotel Concord, Kuala Lumpur.

Lebih dari 100 pengusaha tersebut hadir dan kesemua menyumbang untuk menjayakan majlis tersebut.

Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut hadir untuk merasmikan acara yang meriah itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak…
Berita Domestik
Menurut Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah, bidaan tertinggi ialah untuk nombor CEE 7 dan CEE 9…
Berita Domestik
Walaubagaimanapun, orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap…