Nombor plet Pahang siri CEE kaut lebih RM1 juta - CEE 841 dibida sehingga RM5,100!

oleh HEZERI SAMSURI|
Nombor plet Pahang siri CEE telah mencatatkan kutipan bidaan sebanyak RM1.024 juta.

Ini lebih tinggi dari siri sebelumnya, CED yang hanya mampu mengaut kutipan sebanyak RM895,940.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah, bidaan tertinggi ialah untuk nombor CEE 7 dan CEE 9, keduanya dibida pada harga RM58,000 setiap satu.

Kedua tertinggi ialah CEE 3 pada RM50,000 dan CEE 8 sebanyak RM44,444. 

CEE 5 pula dibida pada RM43,000. Nombor CEE 841 dimenangi oleh pembida yang membayar RM5,100.

Nombor CEE 96 menjuarai jumlah pembida terbanyak - 13 orang dan bidaan yang menang ialah setinggi RM3,800.

Bidaan semua nombor-nombor plet kenderaan dilakukan menerusi portal atas talian, JPJeBid. Bidaan untuk siri CEE berlangsung dari 30 Ogos sehingga 3 September.

Mohammad kemudian menerangkan bahawa portal JPJeBid memberikan proses bidaan yang telus dan berjaya menaikan kutipan wang berbanding dengan sistem sebelumnya.

Pendaftaran kenderaan (termasuk jualan nombor plet) ialah sumber pendapatan nombor satu untuk Kementerian Pengangkutan. 

 

* Laporan asal dari The New Straits Times

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak…
Berita Domestik
Walaubagaimanapun, orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap…
Berita Domestik
"Dengan penubuhan persatuan rasmi, setiap ahli akan diberi nombor keahlian agar pengguna mudah…