USA Today dakwa Bukit Bendera top 100 senarai ‘perangkap pelancong’

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebuah portal berita Amerika Syarikat (AS), USA Today menyenaraikan Bukit Bendera di Pulau Pinang antara 100 tempat ‘perangkap pelancong’ terbesar di seluruh dunia.

Dalam masa sama, Bukit Bendera turut disenaraikan lokasi tarikan ‘paling berlebihan’ (most overrated) di kedudukan 14 daripada senarai 100 oleh pihak tersebut.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Malah, lokasi itu juga berada di kedudukan 64 daripada senarai 100 sebagai destinasi tarikan ‘mahal melampau’ (most overpriced) disenaraikan oleh USA Today.

Artikel itu dikeluarkan oleh USA Today yang juga syarikat akhbar di AS pada 24 Ogos lalu yang boleh diakses pada laman web mereka.

Berdasarkan senarai tersebut, Bukit Bendera didakwa berada di kedudukan kesembilan daripada 100 tempat ‘perangkap pelancong’ terbesar yang disenaraikan.

Menerusi artikel tersebut, kesemua senarai itu diperolehi daripada maklum balas dan ulasan dalam talian.

“Apabila anda merancang untuk menjalani percutian sempurna, anda tidak mahu membazirkan wang dan masa dengan ‘perangkap pelancong’ yang mengecewakan.

“Justeru, untuk mengelakkan anda berasa kecewa, kami berkongsi dengan anda data ‘harta karun’ diperolehi daripada ulasan dalam talian,” menurut artikel itu.

Pihak tersebut mendakwa, mereka menganalisis sebanyak 23.3 juta Google ‘reviews’ daripada 500 tempat tarikan pelancong di seluruh dunia merangkumi 65 negara di enam benua.

Setiap lokasi tarikan tersebut, mereka bertanyakan soalan mudah seperti berapa kerap ulasan yang menyebut istilah ‘perangkap pelancong’ (tourist trap), ‘berlebihan’ (overrated) dan ‘mahal’ (expensive). 

 

NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Selain kereta api furnikular sedia ada, kereta kabel ini mampu menjadi mod pengangkutan…
Berita Domestik
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang bergegas ke lokasi selepas dihubungi oleh salah seorang…
Informasi
  "Penyelenggaraan berjadual itu akan dijalankan di bawah pengawasan syarikat pengeluar funikular…