Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun

oleh Penyumbang Rencana|
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwitahunan kedua tahun ini bermula 5 hingga 11 Jun ini dan akan beroperasi semula pada 12 Jun.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular, Garaventa AG dari Switzerland.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

"PBBPP turut menjalankan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan sistem funikular setiap hari, mingguan dan bulanan, serta pemeriksaan rutin harian selepas tamat waktu operasi funikular Bukit Bendera.

"Penyelenggaraan dan pemeriksaan ini untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat," menurut kenyataan itu.

PBBPP memaklumkan sepanjang tempoh penutupan, pengunjung boleh memilih menggunakan perkhidmatan jip kendalian Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera di Tempat Letak Kereta Rifle Club di Taman Botani dengan menghubungi 012-4541 255.

Pengunjung juga boleh menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan itu.

Menurut kenyataan itu, untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi PBBPP menerusi talian 04-8288 880 atau e-mel ke [email protected].

 

Bernama