Urus kekal menjadi model paling laris Lamborghini!

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun dunia dilanda pandemik COVID-19, ia tidak pernah menghalang golongan satu peratus daripada terus mendapatkan supercar dan SUV mewah idaman mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini dibuktikan oleh Lamborghini apabila syarikat pengeluar itu mengumumkan rekod pencapaian pada suku pertama tahun ini.

Dari Januari sehingga Mac (Q1 2021), Lamborghini telah pun berjaya mengedarkan kira-kira 2,422 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dan 22 peratus lebih banyak berbanding Q1 2019.

Dalam tempoh tersebut, tidak dapat dinafikan lagi populariti SUV Lamborghini Urus apabila model tersebut kekal menjadi model yang paling laris terjual sebanyak 1,382 unit.

Lamborghini Huracan pula terjual sebanyak 753 unit sementara Aventador pula model yang kurang diminati (287 unit).

Sebagai perbandingan, pada tahun lalu Lamborghini berjaya menjual kira-kira 7,430 unit kenderaan di seluruh dunia, penurunan sebanyak 9 peratus disebabkan penutupan kilang produksi selama 70 hari.

Namun dalam tempoh itu, Lamborghini Urus kekal menjadi SUV terlaris, dengan 4,391 unit terjual diikuti oleh Huracan (2,193 unit) dan Aventador (846 unit).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Prestasi syarikat minyak dan gas nasional itu disokong pemulihan harga komoditi sejak penularan…
Berita Domestik
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, PetDag berkata penurunan perolehan sebanyak RM1.25…
Berita Domestik
Menurut Datuk Aishah, ia akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir…