Unimog tentera ini jadi Airbnb di Alabama, kos RM473 per malam

oleh Mohamad Hanif|
Peminat produksi pasca apokaliptik seperti The Walking Dead dan The Hunger Games pasti perasan kelibat trak off-road Mercedes Unimog tahun 1966 ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik, anda berpeluang untuk menaiki Unimog yang sama ini sekiranya kebetulan berada berdekatan dengan kawasan luar bandar Alabama.
 

unimog


Cuma berita kurang enaknya, Unimog ini tidak langsung boleh dipandu, kerana ia sebenarnya digunakan sebagai lokasi bermalam Airbnb dengan kos $102/malam (RM473).

Unimog ini terletak di tapak perkhemahan seluas 105 ekar, di mana anda perlu menempuh laluan off-road kira-kira 2 km daripada jalan raya terdekat.
 

unimog


Ia merupakan lokasi yang sangat sesuai bagi mereka yang mahu lari dari kesibukan duniawi disebabkan tiada liputan rangkaian langsung di kawasan tersebut.

Selain daripada Unimog yang bertindak sebagai ruang tidur, terdapat juga gazebo dengan kemudahan seperti bilik air, dek atas terbuka, serta menara untuk memerhati bintang pada waktu malam.
 

Airbnb


Airbnb ini juga turut menawarkan aktiviti menarik kepada pengunjung, seperti mendaki jejak, memancing, membuat unggun api dan aktiviti barbeku pada waktu malam.

Sumber: Airbnb

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sambutan hangat Selepas Unimog dipamerkan dengan jayanya pada pameran Deutschen…
Berita Global
Disebabkan membawa beban yang banyak (termasuk ahli bomba), jentera bomba yang tipikal tidaklah…
Berita Global
Namun, sebuah syarikat pembina RV (recreation vehicle), EarthCruiser dari Australia telah membawa…