Unimog lori legenda dan bagaimana Daimler-Benz ambil alih pada tahun 1950

oleh Muhammad Md Tajudin|
Unimog U 530
Unimog U 530
Di negara kita, lori hantu begitu terkenal untuk digunakan sebagai kenderaan lasak di kuari, kawasan pembalakan dan tapak pembinaan. 

Di Eropah pula kerja-kerja berat di antaranya diserahkan kepada Unimog dan lori lasak itu terus diperbaharui sehingga kini.

Unimog pada hari ini dijenamakan sebagai Mercedes-Benz Unimog dan tahun 2020 merupakan ulang tahun ke-70 pengambilalihan oleh Daimler-Benz AG. 

Dari situ dapat diketahui bahawa lori ini pada asalnya bukan milik Daimler-Benz AG dan berikut adalah kisah awal legenda Unimog.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
The first ready-to-drive Unimog prototype in December 1946

 

Sambutan hangat

Selepas Unimog dipamerkan dengan jayanya pada pameran Deutschen Landwirtschaftsgesellschaft (DLG) di Frankfurt pada 1950 timbul pula satu perkara yang perlu ditangani.

Unimog menerima sambutan luar biasa dan para pengurus di Boehringer Bros. iaitu syarikat asal yang mengeluarkannya merasakan bahawa pelaburan besar diperlukan bagi memenuhi permintaan tersebut.

Selain itu, bekalan enjin dari Daimler-Benz tidak semuanya terjamin disebabkan isu kapasiti pengeluaran selepas ledakan ekonomi pasca perang dunia kedua.

Adalah suatu yang munasabah untuk Daimler memberi keutamaan kepada kenderaannya sendiri berbanding jika dipasang pada syarikat lain.

Enjin diesel OM636 dari Mercedes-Benz 170D

 

Unimog 70200 from Boehringer with engine OM 636 from Daimler-Benz, 1950

 

Enjin diesel OM 636 dibangunkan untuk Mercedes-Benz 170D dan sebelum itu dibekalkan kepada Boehringer bagi kegunaan Unimog 70200.

Unimog menggunakan enjin dengan output kuasa dihadkan kepada 25 hp berbanding prestasi asal 38 hp.

OM 636 merupakan enjin diesel kereta penumpang pertama yang dikeluarkan selepas perang dunia kedua dan diguna pakai pada kereta penumpang dari tahun 1949 hingga 1963 termasuk Unimog.

 

Unimog with 65 hp 406 series 1963-1966

 

Bertukar tangan

Proses perundingan dihadiri oleh dua wakil Daimler-Benz AG dan enam pemegang saham Boehringer.

Di antara individu yang hadir ialah Albert Friedrich, bapa pembangunan Unimog selain Rolf dan Werner Boehringer sebagai wakil Boehringer Bros.

Rundingan untuk pengambil alihan telah dimulakan pada 5 September 1950. Semasa perbincangan, Daimler-Benz telah membuat perakuan bertulis tentang niat mereka untuk mengambil alih Unimog.

Perundingan tersebut akhirnya dipersetujui pada 27 Oktober 1950.

Ratusan ribu unit

 

Mercedes-Benz Unimog in agricultural use

 

Di bawah kumpulan automotif dari Stuttgart itu Unimog terus dimajukan. Kesemua prasyarat untuk pembangunan teknikal yang berjaya berada pada tempatnya dan rangkaian jualan antarabangsa ditubuhkan.

Sehingga kini pelbagai jenis dan varian Unimog dihasilkan termasuk model bomba untuk memadam kebakaran di dalam hutan.

Jumlah yang dikeluarkan telah pun melepasi 380,000 unit dengan 'keringat' Unimog digunakan di serata dunia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-Benz Unimog U 218

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, anda berpeluang untuk menaiki Unimog yang sama ini sekiranya kebetulan berada…
Berita Global
Disebabkan membawa beban yang banyak (termasuk ahli bomba), jentera bomba yang tipikal tidaklah…
Berita Global
Namun, sebuah syarikat pembina RV (recreation vehicle), EarthCruiser dari Australia telah membawa…