UniMAP dan Fujii Engineering tandatangan MoU untuk hasilkan kenderaan elektrik di pasaran Jepun

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di acara Tokyo Auto Salon 2023 hari ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan syarikat dari Jepun, Fujii Engineering telah menandatangani MoU untuk menghasilkan kenderaan elektrik bagi pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Ts Dr Zaliman Sauli, melalui Pusat Kecemerlangan Automotif & Teknologi Sukan Permotoran (MoTECH), UniMAP akan bekerjasama dengan syarikat Fujii Engineering yang berpengkalan di Suzuka City, Jepun.

Prof Dato’ Ts Dr Zaliman Sauli berkata, “Syarikat berkenaan mempunyai pengalaman dan pengkhususan dalam penambahbaikan chasis kenderaan litar seperti Ferrari 330P4 (replica) dan juga kenderaan elektrik.

“Pada 2019 syarikat Fujii Engineering mula menghasilkan dan mengkomersilkan kenderaan mobiliti peribadi elektronik.”

Menurut Prof Dato’ Ts Dr Zaliman Sauli juga, kerjasama itu akan melibatkan bidang penyelidikan Automotif EV ( Kenderaan Elektrik ) termasuk berkongsi kepakaran dan juga latihan industri.

 

2

 

Melalui kerjasama itu juga, UniMAP akan mula menghantar pelajar-pelajarnya ke Fujii Engineering Jepun bagi mengikuti latihan kerja menghasilkan produk yang akan dibangunkan bersama.

Sementara itu, menurut CEO Fujii Engineering, Mitsuru Fujii, UniMAP telah dipilih untuk kerjasama tersebut UniMAP berikutan komitmen dan minat yang tinggi ditunjukkan oleh para penyelidik pusat kecemerlangan  UniMAP dalam sukan permotoran.

Ianya bertujuan untuk merealisasikan misi syarikat Fujii Engineering untuk mencipta kenderaan elektrik yang paling kompetetif di pasaran melalui kerjasama itu seterusnya dapat memasarkannya di Jepun serta negara-negara yang berpotensi di Asean

 

3

 

Sebelum ini juga, Ketua COE Automotif UniMAP, Prof Ir Ts Dr Shahriman Abu Bakar berkata kejayaan dan pengalaman penghasilan Prototype Proton Saga Full EV, Motorsikal Hybrid Seri Perlis dan lain lain yang telah tular sebelum ini.

Kejayaan tersebut telah membuatkan Fujii Enginering Japan ingin bekerjasama untuk menghasilkan kenderaan EV untuk pasaran Jepun dan pasaran negara Asian terpilih.

Prof Ir Ts Dr Shahriman Abu Bakar berkata, “COE Automotif UniMAP juga mempunyai beberapa projek untuk menghasilkan kenderaan elektrik untuk proses automasi dan mekanisasi industri industri perladangan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh luar negara.”

 

4

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 3,000 nombor plat telah habis dijual. Ini merupakan…