Jualan nombor plat UR catat RM2.2 juta, baki 6,000 nombor pendaftaran UR masih dijual

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Utusan Malaysia
Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mencatatkan penjualan siri nombor pendaftaran khas 'UR' yang berjaya dijual sehingga mencecah RM2.2 juta hanya dalam tempoh dua bulan.


Pengerusi Lembaga Pengarah Unimap, Raja Datuk Azwane Raja Ariff berkata, tender penjualan tersebut telah dibuka pada 24 Februari hingga 4 Mac lalu, manakala penjualan melalui laman sesawang www.urplat.com pula dibuka pada 10 Mac dan berakhir pada 31 Mac.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 3,000 nombor plat telah habis dijual. Ini merupakan pencapaian yang baik kerana dalam tempoh kira-kira dua bulan sahaja kita boleh merekodkan jualan kira-kira RM2.2 juta.

 

Nombor plat UR 1 mencatatkan bidaan tertinggi dengan harga RM200,000 diikuti dengan UR 10 (RM130,000); UR 33 (RM65,000) dan UR 55 (RM63,000).

 

Nombor pendaftaran UR 1 tersebut dibeli oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur, manakala tiga lagi nombor dengan nilai tertinggi dibeli oleh individu. Setakat ini, masih terdapat 6,000 lagi baki nombor pendaftaran UR yang boleh dibeli.

 

Kombinasi kedua huruf UR ini diambil bagi mewakili huruf U yang merupakan awalan perkataan Unimap manakala R merupakan nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti Perlis.

 

Selain UniMap, terdapat beberapa universiti lain yang telah melancarkan nombor pendaftaran khas itu ialah Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan lain-lain.

 

 

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Penjualan nombor pendaftaran kenderaan siri khas itu bermula pada 2019, dan bidaan bermula pada…
Berita Domestik
Susulan liputan SKSPS dinaikkan kepada 90 peratus daripada 80 peratus yang diumumkan kerajaan…
Berita Global
Plat tersebut merupakan salah satu daripada 49 nombor plat untuk direbut pada lelongan oleh jabatan…