Menurut Michigan State Police, lelaki tersebut ditahan kerana membuat panggilan palsu yang mendakwa dia dan rakan perempuannya ditembak semasa melakukan perjalanan di Interstate 94.
Hakikat sebenarnya, kedua-dua suspek itu kehabisan petrol dan sebelum itu telah menghubungi pihak 911 untuk mendapatkan bantuan, namun usahanya gagal.
Demi mendapatkan respons pantas, lelaki itu bertindak menghubungi Detroit Regional Communications Center dan mendakwa mereka diserang oleh lelaki kulit putih yang memandu sebuah SRT berwarna ungu menggunakan senjata AK-47.
Setibanya pihak polis di tempat ‘kejadian’, mereka mendapati kereta yang dipandu suspek tidak mempunyai sebarang kesan tembakan, dan tiada seorang pun yang cedera akibat ‘serangan’ tersebut.
Lebih memburukkan keadaan, lelaki tersebut didapati berada dalam keadaan memabukkan dan langsung tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
Michigan State Police telah menahan lelaki tersebut atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai kandungan alkohol dalam darah 0.16, dua kali ganda melebihi had yang dibenarkan.
Sumber: Michigan State Police