UMW Toyota gantung sementara operasi Toyota, Lexus selama dua minggu

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan baru-baru ini, UMW Toyota turut mengambil langkah untuk menghentikan sementara operasi di kesemua pusat pengedar Toyota dan Lexus bermula hari ini (18 Mac) sehingga hujung bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penutupan operasi ini turut melibatkan fasiliti Assembly Services Sdn Bhd, dan pada ketika ini, tiada sebarang perancangan untuk menggantung pembuatan tertentu di luar Malaysia akibat daripada situasi semasa. 

Selain daripada itu, UMW Toyota turut mengumumkan acara tahunan Toyota Gazoo Racing Festival dan Vios Challenge yang akan berlangsung di Litar Antabangsa Sepang akan dibatalkan. 

Untuk sebarang informasi atau bantuan, rakyat Malaysia diminta menghubungi Toyota FREEPHONE di talian 1-800-8-TOYOTA (869682) atau Lexus FREEPHONE di 1-800-88-LEXUS (53987).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…