Video acah tersebut menunjukkan tagline model terbaharu tersebut iaitu "Defy" bersama beberapa iklan pendek iaitu “defy perceptions, defy limits dan defy norm”.
Walaupun tiada bayangan model apa yang akan dilancarkan, ura-ura kuat mengatakan bahawa Toyota akan melancarkan sebuah sedan segmen C nya yang baharu, iaitu Vios.

Pada tahun 2022, pasaran Thailand dan Indonesia telah menerima Toyota Vios generasi baharu yang dibina menggunakan platform D92A.
Ianya ditawarkan dengan 2 pilihan enjin iaitu 3NR-VE 1.2 liter 4 silinder khusus untuk pasaran Thailand dan enjin 2NR-VE 1.5 liter 4 silinder untuk kebanyakan pasaran Asia Tenggara.
Kedua-dua enjin itu dipadankan sama ada dengan transmisi automatik CVT atau transmisi manual 5 kelajuan (kebanyakan ditawarkan untuk pasaran Indonesia).

Sebelum ini juga, Toyota dilaporkan untuk memperkenalkan Vios baharu dengan varian hibrid pada suku ketiga atau keempat tahun ini.
Varian hibrid untuk Vios dilapor bakal menggunakan teknologi hibrid jenis Siri dari Daihatsu yang lebih ringkas dan mudah supaya dapat mengekalkan Vios dengan harga segmennya.
Walau apapun model yang dilancarkan tersebut, kita tidak perlu menunggu lama lagi dimana Toyota bakal melancarkannya pada 24 Februari, Jumaat ini.