UMW Toyota catat prestasi positif Q1 2021 - Corolla Cross memang laku!

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota selaku pengimport, pengedar dan pemasang kenderaan berjenama Toyota di Malaysia memperlihatkan prestasi jualan yang memberangsangkan untuk tempoh suku pertama tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tiga bulan yang pertama tahun ini, UMW Toyota telah berjaya menjual lebih daripada 17,000 unit kenderaan berjenama Toyota dan Lexus dengan pegangan pasaran kira-kira 12.1 peratus, peningkatan sebanyak 62 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2020.

Meskipun baharu sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia bulan lalu, ternyata crossover terbaharu Toyota Corolla Cross begitu mencuri tumpuan sehinggakan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia.

UMW Toyota akan terus menerima tempahan bagi model Corolla Cross di mana unit pemasangan tempatan (CKD) akan tiba untuk pengedaran menjelang suku keempat tahun ini.

 


Antara model yang paling laris terjual adalah sedan Toyota Vios dan Toyota Yaris manakala Toyota Hilux kini menerajui 56 peratus di dalam segmen trak pikap untuk suku pertama tahun ini.

Selain daripada itu, versi kemaskini untuk model Toyota Innova dan Toyota Fortuner juga turut diperkenalkan pada awal tahun lalu dengan pakej penggayaan yang lebih segar dan ciri yang memberikan nilai tambah kepada kedua-dua model tersebut.

Semenjak pelancaran, Toyota Vios dan Vios GR-Sport turut mencatatkan respon positif dengan 5,600 unit kenderaan telah pun terjual, manakalan kesemua model hot hatch GR Yaris yang diperuntukkan untuk pasaran Malaysia (daripada 25,000 unit untuk global) pula habis ditempah dalam tempoh satu bulan!

Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, UMW Toyota akan melancarkan promosi "Countless Rewards" dengan menawarkan penjimatan bagi mereka yang memandu pulang sebuah Toyota baharu untuk Hari Raya serta sebelum pengecualian cukai SST ditamatkan.

Selain daripada itu, UMW Toyota turut menawarkan skim pembiayaan EZ Beli yang menawarkan bayaran ansuran yang rendah (bergantung kepada model), serta penjimatan kos penyelenggaraan kenderaan menerusi program Toyota Service Savers.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…