UMW Toyota catat prestasi cemerlang separuh pertama 2022, 46 ribu unit berjaya didaftarkan

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh sepanjang bulan Jun 2022, UMW Toyota Motor Sdn Bhd menyaksikan peningkatan jualan kepada 8,939 unit, di mana 8,870 unit untuk jenama Toyota dan 69 unit untuk jenama Lexus, berbanding 7,442 unit (Toyota) dan 137 unit (Lexus) pada bulan lalu.

Secara keseluruhan untuk tempoh enam bulan pertama, sebanyak 45,911 unit kenderaan Toyota dan Lexus berjaya didaftarkan, berbanding 34,111 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu dengan perbezaan sebanyak 35 peratus.

Pengumuman terbaharu berhubung penamatan insentif pengecualian cukai jualan dijangka memberikan impak negatif jangka pendek terhadap prestasi jualan.
 

Lexus NX


Namun hal ini dilihat mampu dielakkan dengan tanda-tanda awal pemulihan di mana bekalan cip semikonduktor semakin pulih yang mampu menyumbang kepada peningkatan semula angka produksi menjelang separuh kedua tahun ini.

"Memasuki separuh kedua tahun 2022, UMWT kini menumpukan perhatian untuk memberikan 'Extra Mile' kepada para pemilik dengan pengalaman pemilikan dan pengalaman selepas jualan yang terbaik," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

"Dengan pakej pembiayaan dan insurans, servis terbaik dan bantuan tepi jalan Toyota 247, kami yakin dalam menawarkan perjalanan yang sukar untuk dilupakan dari awal, bermula dengan menjaga para pelanggan kami saat mereka melangkah memasuki pintu bilik pameran kami.
 

veloz


Untuk pasaran tempatan, UMWT kini sudah pun membuka tempahan bagi model baharu Toyota Veloz 1.5 A/T di kesemua pusat pameran Toyota dengan penawaran transmisi dan tetapan suspensi yang mampu menawarkan pemanduan yang lebih lancar dan cekap bahan api.

Selain itu, Toyota Veloz 2022 juga turut didatangkan dengan kelengkapan Toyota Safety Sense (TSS), skrin infotainmen bersaiz sembilan inci, sokongan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta pengecasan peranti pintar nirwayar Qi.

Baca: UMW Toyota buka tempahan Toyota Veloz 1.5 A/T

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…
Berita Global
Jumlah jualan untuk tempoh Januari-Oktober tahun ini mencecah angka 87,422 unit, peningkatan 9.1…