Ujian What Car? dedah Hyundai Kona capai jarak operasi lebih jauh berbanding Tesla Model S

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran luar sudah lama menikmati lambakan pilihan untuk kenderaan elektrik (EV) yang kini mampu menawarkan jarak pengoperasian yang lebih jauh untuk sekali pengecasan penuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi menambahkan lagi perencah ke dalam industri elektrifikasi kenderaan empat roda ini, laman What Car? telah menjalankan ujian jarak perjalanan yang boleh dicapai oleh EV yang popular berada di pasaran. 

Tidak menggunakan data yang dikeluarkan oleh US Environmental Protection Agency (EPA) dan World Harmonized Light Vehicle Test Procedure (WLTP), What Car? telah menggunakan teknik tersendiri dalam menguji setiap EV.
 


Untuk ujian tersebut, What Car? mengambil pendekatan dengan menguji jarak sehingga kereta kehabisan tenaga elektrik sebelum mereka mengecas kembali bateri tersebut sehingga penuh.  

Kemudian, setelah membiarkan kereta tersebut semalaman pada suhu yang sekata 18 darjah Celcius, mereka memastikan kadar tekanan tayar adalah sama dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar sebelum mengujinya pada kelajuan yang konsisten untuk mendapatkan kesan dari dunia sebenar. 

Apa yang menarik, hasil dapatan kajian jarak operasi terhadap kesemua EV itu adalah hampir sama dengan data yang dikeluarkan oleh EPA, dengan Hyundai Kona Electric 64 kWh menjuarai carta dengan jarak sejauh 416 km (EPA: 415 km). 

Ini sekaligus mengalahkan jarak yang dicapai oleh Tesla Model S sejauh 328 km (EPA: 416 km), namun begitu laman What Car? tidak menyertakan jarak yang dicapai oleh Tesla Model S Long-Range ataupun Model S 100D yang lebih berkuasa. 
 


Berikut merupakan senarai jarak operasi yang dicatatkan:

1. Hyundai Kona Electric (64 kWh) - 416 km (EPA: 415 km)
2. Jaguar I-Pace - 407 km (EPA: 376 km)
3. Kia e-Niro - 407 km (EPA: -)
4. Tesla Model S 75D - 328 km (EPA: 416 km)
5. Hyundai Kona Electric (39 kWh) - 254 km (EPA: -)
6. Renault Zoe R110 - 234 km (EPA: -)
7. Nissan LEAF - 205 km (EPA: 241 km)
8. BMW i3 (94-Ah) -  194 km (EPA: 183 km)
9. Volkswagen e-Golf - 191 km (EPA: 200 km)
10. Hyundai Ioniq Electric - 188 km (EPA: 200 km)

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…