Hyundai KONA untuk UK, 1.0L turbo, manual 6 kelajuan, daripada RM140.5 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai KONA Hybrid
Hyundai KONA Hybrid
Kini ada dua kereta elektrik yang ditawarkan Hyundai. Maaf, ada tiga sebenarnya iaitu KONA Electric, IONIQ 5 dan IONIQ 6. 

Daripada dua model tersebut, KONA Electric terlebih dahulu dipasarkan dan sudah pun memasuki generasi kedua selepas dilancarkan pada Disember 2022.

Apa yang menarik ialah pengguna tempatan boleh merasa KONA Electric generasi pertama dan IONIQ 5 manakala IONIQ 6 dikatakan bakal dibawa masuk tahun ini.

Berbeza dengan IONIQ 5 dan IONIQ 6, Hyundai menyediakan KONA dalam pelbagai versi rangkaian kuasa sejak generasi pertama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai KONA N Line 2023

 

Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa elektrik hibrid (HEV) dan pembakaran dalaman (ICE) termasuk varian sporti N Line.

Berbanding KONA generasi pertama, model baharu mempunyai saiz lebih besar seperti berikut (KONA Electric):

  • Panjang: 4,350 mm (+ 145 mm)
  • Jarak roda: 2,660 mm (+ 60 mm)
  • Lebar: 1,825 mm (+ 25 mm)
  • Tinggi: 1,575 mm (+ 20 mm)
Hyundai KONA Hybrid 2023

 

Berikut pula perkakasan dalaman dan sistem maklumat hibur:

  • Skrin 12.3 inci
  • Sistem navigasi
  • Sambungan Bluetooth
  • Radio DAB, LIVE, MapCare
  • Apple CarPlay™ dan Android Auto™
  • Slot pengecasan USB C pada bahagian depan dan belakang
  • Digital Key, buka, kunci dan hidupkan kereta menggunakan telefon pintar atau jam pintar
Hyundai KONA Hybrid 2023

 

Kesemua varian dilengkapi teknologi bantuan pemanduan berikut:

  • Bantuan Had Kelajuan Pintar
  • Bantuan Pengekalan Lorong
  • Bantuan Pengekalan Lorong (Lane Follow Assist)
  • Peringatan Kenderaan Depan Mula Gerak
  • Amaran Perhatian Pemandu
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Berdepan dengan Kereta, Pejalan Kaki, Basikal dan Membelok ke Simpang
Hyundai KONA N Line 2023

 

Untuk enjin dan transmisi, Hyundai menawarkan enjin sekecil 1.0 liter turbo, 1.6 liter turbo dan 1.6 liter hibrid. 

Kesemua enjin kecuali hibrid dipadan bersama pilihan transmisi manual enam kelajuan (6MT) dan dua klac tujuh kelajuan (7DCT). Model hibrid dibekalkan transmisi tunggal 6DCT.

Berikut varian KONA pasaran UK mengikut enjin dan transmisi:

  • 1.0L turbo 6MT, 7DCT: KONA Advance, N Line, N Line S, Ultimate
  • 1.6L turbo 6MT, 7DCT: KONA N Line S, Ultimate
  • 1.6 Hybrid 7DCT: KONA Advance, N Line, N Line S, Ultimate

KONA N Line dan N Line S tampil sporti dengan bampar depan dan belakang dan spoiler lebih agresif selain beberapa kelengkapan tambahan.

 

Hyundai KONA N Line 2023

 

Dari segi kuasa enjin, semestinya 1.6 liter turbo menghasilkan output paling tinggi di antara ketiga-tiga pilihan yang ditawarkan.

KONA dengan transmisi 7DCT juga menghasilkan daya kilas lebih tinggi berbanding 6MT.

1.0 liter turbo tiga silinder

  • 1.0 liter turbo 6MT: 120 ps @ 6,000 rpm, 172Nm @ 1,500 - 4,000 rpm
  • 0 - 100 km/j: 11.8 saat, kelajuan maksimum: 180 km/j
  • 1.0 liter turbo 7DCT: 120 ps @ 6,000 rpm, 200Nm @ 2,000 - 3,500 rpm
  • 0 - 100 km/j: 11.7 saat, kelajuan maksimum: 180 km/j

1.6 liter turbo empat silinder

  • 1.6 liter turbo 6MT: 198 ps @ 6,000 rpm, 265Nm @ 1,600 - 4,500 rpm
  • 0 - 100 km/j: 8.7 saat, kelajuan maksimum: 209 km/j
  • 1.6 liter turbo 7DCT: 198 ps @ 6,000 rpm, 265Nm @ 1,600 - 4,500 rpm
  • 0 - 100 km/j: 7.8 saat, kelajuan maksimum: 209 km/j

 

Hyundai KONA N Line 2023

 

1.6 liter hibrid

  • 1.6 liter hibrid 6DCT: 105 ps @ 5,700 rpm, 144Nm @ 4,000 rpm
  • Motor elektrik: 43.5 ps / 32 kW, 170Nm
  • Sistem hibrid: 141 ps @ 5700 rpm, 265Nm @ 4,000 rpm
  • 0 - 100 km/j: 11.2 saat, kelajuan maksimum: 154 km/j (mod Eco), 165 km/j (mod Sport)

Berkenaan harga, KONA 1.0 liter paling mampu milik dan ditawarkan daripada 25,725 pound (RM140,565). Berikut harga varian terpilih KONA 2023:

  • KONA Advance 1.0 liter 6MT: 25,725 pound (RM140,565)
  • KONA Advance 1.0T 7DCT: 27,525 pound (RM150,401)
  • KONA N Line 1.0 liter 6MT: 27,525 pound (RM150,401)
  • KONA N Line S 1.0 liter 6MT: 29,925 pound (RM163,515)
  • KONA N Line S 1.6 liter 7DCT: 33,525 pound (RM183,186)
  • KONA Advance 1.6 liter hibrid 6DCT:  30,025 pound (RM164,061)
Hyundai KONA N Line 2023

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin