Isuzu Motors ambil alih UD Trucks daripada Volvo Group

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat UD Trucks kini beralih tangan daripada Volvo Group oleh Isuzu Motors sebagai sebahagian daripada penyempurnaan pakatan strategik antara Volvo Group dan Isuzu Motors.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berkuat kuasa 1 April 2021, Naoto Hakamata telah dilantik sebagai Pengerusi UD Trucks, diikuti oleh Tetsuya Aiba selaku CFO sementara Naib Presiden Eksekutif Volvo Group, Joachim Rosenberg melepaskan jawatan sebagai Pengerusi UD Trucks pada 31 Mac 2021.

Berdasarkan kepada rangka kerja pakatan strategik itu, UD Trucks diposisikan untuk membina satu hubungan yang mantap dengan Volvo Group dan Isuzu Motors, sekali gus membentuk sinergi di antara mereka untuk jangka masa panjang. Bersama dengan Isuzu Motors, antara peluang yang akan diteroka oleh UD Trucks termasuklah:

•    Memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan skala ekonomi, terutama dari segi trak tugas berat di pasaran Jepun dan antarabangsa.
•    Meneroka peluang kerjasama dalam aspek pembelian dan logistik, memanfaatkan teknologi bersama dan kehadiran geografi dengan lebih baik
•    Mencipta satu asas yang kukuh untuk terus melabur dalam pembangunan teknikal serta inovasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia.

UD Trucks memiliki kepakaran dan pengalaman yang luas dan kepakaran dalam segmen trak tugas berat selama lebih 14 tahun bersama Volvo Group. Ia merangkumi bidang teknologi, perolehan, logistik, pengeluaran dan jualan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi kerjasama ini, Volvo Trucks akan menyerahkan perniagaan UD Trucks kepada Isuzu, namun…