Tumpahan yoghurt di lebuhraya tersibuk Kanada

oleh Mohamad Hanif|
Penduduk Kanada ketika ini berkemungkinan menghadapi masalah kekurangan bekalan yoghurt dan bekalan kesabaran apabila sebuah trak yang membawa muatan yoghurt didapati terbabas di Highway 401, lebuhraya yang tersibuk di Kanada.

Kejadian yang berlaku pada 3.30 pagi empat hari lepas itu melibatkan sebuah trak trailer yang membawa muatan bekalan yoghurt melanggar sebuah papan tanda elektronik dan mengakibatkan tumpahan pelbagai perisa yoghurt menutupi keempat-empat laluan lebuhraya tersebut. 
 


Menurut pihak polis Ontario (OPP), pihak mereka telah dimaklumkan akan kejadian dan pemandu trak yang berusia 25 tahun tersebut telah ditahan kerana disyaki memandu di dalam keadaan yang berbahaya. 
 

Sumber: Autoblog dan CityTV News

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mahkamah Singapura semalam menjatuhkan hukuman dednda S$10,000 (RM30,350) dan dilucutkan lesen…
Berita Domestik
Manakala pada 3 Julai yang lalu, seorang pesakit warga tua juga telah maut apabila ambulan yang…
Berita Domestik
Menurut rakan kepada mangsa, Suhaili Yahya, seorang pengawal keselamatan memberitahu beliau bahawa…