Trucktopus - trak pikap Isuzu bernadikan V8 Chevy, lapan tayar!

oleh Mohamad Hanif|
Bermula daripada sebuah trak pikap standard Isuzu LS SpaceCab tahun 1989, Steve Francis hadir dengan satu idea bagaimana beliau mampu untuk menarik perhatian orang ramai tanpa perlu modifikasi enam tayar gergasi (6x6) seperti mana yang dibuat oleh Hennessey menerusi F-150 enam tayar mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insan berusia 48 tahun ini menggunakan idea yang serupa, namun beliau telah menambah dua lagi tayar menjadikan jumlah tayar yang menggerakkan trak pikap rendah ini secara keseluruhannya menjadi lapan buah!

Kesabaran merupakan kunci utama dalam menghasilkan trak pikap lapan tayar ini, oleh kerana menurut Steve, beliau mengambil masa kira-kira 20 tahun untuk mencapai hasil kerja yang membanggakan. 
 


Untuk menggerakkan trak pikap sepanjang 6.4 meter ini, Steve telah menghukum buang negeri kepada enjin asal empat silinder 2.6 liter tersebut dan menggantikannya dengan enjin bentangan V8 dan transmisi 700R4 daripada trak Chevrolet 1978.

Tidak diberitahu berapa kuasa penuh yang dihasilkan oleh enjin ini akan tetapi ia cukup untuk menggerakkan beban yang terhasil akibat pemasangan tiga gandar belakang, lapan buah rim bersaiz 20 inci kustom, bed belakang yang telah dipanjangkan serta muatan dua buah TV skrin rata bersaiz 32 inci setiap satu. 

Menurut Steve, kualiti pemanduan adalah sama seperti pemanduan sebuah limosin walaupun ia mampu 'duduk' rendah, terima kasih kepada bantuan sistem gantungan beg udara sebanyak enam unit. 

Hasil kerja Steve selama 20 tahun tersebut sememangnya berbaloi oleh kerana beliau banyak menerima anugerah dan tarikan daripada umum hasil daripada penyertaan memasuki acara pertunjukan kenderaan sejak dari trak pikap beliau mempunyai empat, enam sehingga lapan roda seperti sekarang. 

 

Sumber: Barcroft Cars melalui Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…