Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X didedahkan - Enjin TR baharu, 398 cc, 39.5 HP

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Triumph Motorcycles telah mendedahkan dua model baharu, Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X yang merupakan hasil dari kerjasama dengan Bajaj Auto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model hasil kerjasama terbaharu itu telah dibangunkan oleh Triumph di Hinckley dan dipasang oleh Bajaj di India, dimana Speed 400 dan Scrambler 400 X menampilkan DNA klasik moden seperti model-model lain dengan sesaran lebih besar.

Kedua-dua Speed 400 dan Scrambler 400 X dibina menggunakan platform TR, dimana menurut Bajaj ianya dibangunkan khusus untuk digunakan oleh model Triumph sahaja.

 

2

 

Ianya dikuasakan nadi TR satu silinder 398 cc sejukan cecair menampilkan blok dengan sirip untuk membantu penyejukan, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan yang menghasilkan 39.5 HP dan 37 Nm.

Kedua-dua model juga menggunakan casis jenis perimeter yang dibangunkan daripada tiub keluli serta subframe jenis bolt-in serba baharu.

2
Triumph Speed 400

 

Dari segi perbezaan, Triumph Speed 400 menampilkan suspensi fork USD 43 mm di depan dengan jarak pergerakan 140 mm, manakala bahagian belakang pula menggunakan monoshock dengan tabung gas bersama fungsi preload boleh laras.

Speed 400 dilengkapi dengan rim 17 inci di depan dan belakang yang dibaluti tayar Metzeler Sportec M9RR, bersama angkup brek 4 pot dan 330 mm di depan, serta angkup brek 1 pot dan cakera 230 mm di belakang.

3
Triumph Scrambler 400 X

 

Triumph Scrambler 400 X pula menampilkan suspensi USD 43 mm di depan dengan jarak pergerakan 150 mm, dan monoshock bersama tabung gas dengan jarak pergerakan 150 mm.

Sistem brek turut menampilkan angkup brek 4 pot dan cakera 330 mm di depan, serta angkup brek 1 pot dan cakera 230 mm di belakang.

5
Triumph Speed 400

 

Antara perbezaan ketara ialah Scrambler 400 X menggunakan rim bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci di belakang yang dibaluti tayar Metzeler Karoo Street.

Tetapan saiz rim dan tayar itu membolehkan Scrambler 400 X ditunggang pada permukaan off-road.

6
Triumph Scrambler 400 X

 

Kedua-duanya juga dilengkapi dengan tangki minyak bersaiz 13 liter, dan didatangkan standard dengan sistem ABS, dimana Scrambler 400 X didatangkan dengan fungsi ABS boleh laras, yang membolehkan ABS belakang ditutup.

Antara fungsi lain yang didatangkan pada kedua-dua model tersebut ialah ciri ride-by-wire, traction control, torque assist serta paparan meter digital LCD.

 

6

 

Kedua-dua harga model itu akan diumumkan kelak, dimana ia dijangka memasuki pasaran India Julai ini, dan akan mula dijual ke pasaran luar seawal tahun 2024.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Enjin parallel-twin Bonneville 1,200 cc itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 98.6 kuasa kuda @ 7,…