Triumph Speed Twin 2021 - enjin Euro 5 1,200 cc, 98.6 hp

oleh Mohamad Hanif|
Triumph Motorcycles baru-baru ini melancarkan model Triumph Speed Twin 2021 dengan rupa paras klasik moden serta kemaskini terhadap trenkuasa yang mampu memenuhi piawaian emisi Euro 5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin parallel-twin Bonneville 1,200 cc itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 98.6 kuasa kuda @ 7,250 rpm dan daya kilas 112 Nm @ 4,250 rpm, serta mencatatkan pengurangan 17 peratus daya inersia terima kasih kepada penggunaan crankshaft dan alternator yang lebih ringan.

Malah, Triumph Speed Twin 2021 kini menawarkan jarak sela masa servis sehingga 16,000 km.

 


Dari segi pengendalian, Triumph Twin Speed 2021 kini dilengkapi dengan fork hadapan USD 43 mm Marzocchi diikuti peredam hentak berkembar yang menawarkan jarak pergerakan suspensi 120 mm dan tetapan pra-muatan.

Rim aluminium bersaiz 17 inci itu dibaluti tayar Metzeler Racetec RR sementara sistem pemberhentian pula menggunakan Brembo M50 dengan angkup monobloc empat omboh dan rotor berkembar 320 mm di hadapan, dan angkup terapung Nissin dua omboh dengan rotor 220 mm di belakang.

 


Aspek tunggangan dibantu dengan ciri-ciri elektronik seperti ABS, kawalan cengkaman yang boleh dilaras, tiga mod tunggangan (Road, Rain, Off-road), serta bantuan lampu LED penuh termasuklah lampu nyalaan siang DRL.

Antara perubahan stail yang dibawakan pada Triumph Twin Speed 2021 termasuklah penggunaan peredam ekzos berkembar, tangki bahan api bersaiz 14.5 liter, grafik baharu serta tiga warna pilihan iaitu Red Hopper, Matt Storm Grey dan Jet Black.

 


Terdapat juga kemudahan seperti slot pengecasan USB yang terletak di bawah tempat duduk untuk pengecasan peranti pintar ketika dalam perjalanan.

Harga jualan bermula dari $12,500 (RM51,594) di pasaran Amerika Syarikat. Menurut laporan daripada TopGear Malaysia, difahamkan motosikal ini bakal mendarat pada bulan Ogos nanti.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan…
Berita Global
  Badan kereta yang dibida dipunyai oleh ayah pemilik sekarang dan dibeli pada 1961 bagi…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…