TRAPO KENALKAN TRAPO EXOSYSTEM YANG LEBIH KONSEPSUAL

oleh Firdaus Razani|
Jenama aksesori automotif, Trapo, bertekad untuk mengubah pengalaman pemanduan dengan memperkenalkan ‘Trapo Exosystem’ yang lebih konseptual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran yang diadakan di Evolt Karting, menandakan satu pencapaian penting dalam menjadikan Trapo sebagai destinasi utama dan keperluan kepada pemandu.

Mula dikenali dengan keunggulan penghasilan karpet kereta, Trapo giat membentuk semula identiti jenama mereka dengan memperkenalkan ‘Trapo Exosystem’.

 

trapo

 

Ia merupakan satu ekosistem jenama komprehensif yang direka untuk memenuhi setiap aspek pemanduan ke tahap yang lebih optimum.

Terdapat satu rangkain perkhidmatan yang disusun dengan perincian yang teliti bagi meningkatkan kemudahan, keselesaan, dan keselamatan di jalan raya yang diterapkan dalam ‘Trapo Exosystem’.

Dari ‘supercapacitor’ kamera papan pemuka (dashcam), pemegang telefon modular, penapis udara kereta sehingga ke pengelap kereta yang hidrofobik, Trapo menawarkan produk lengkap yang komprehensif, direka bagi memenuhi permintaan pemandu masa kini.

Selain itu, Trapo dengan bangganya, mengumumkan pelancaran pembaharuan karpet kereta Trapo Classic Mark IV dengan menerapkan teknologi AntiSlip Realgrip.

 

trapo

 

Diperkuatkan oleh polimer prestasi dari ExxonMobil, Realgrip menetapkan satu penanda aras yang baru dari segi cengkaman dan kestabilan dalam memastikan Trapo Classic Mark IV kekal utuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama (Co-CEO), Trapo, Zara Lee berkata ‘’Kerjasama bersama ExxonMobil menonjolkan komitmen kami (Trapo) terhadap inovasi dan kelestarian.

‘’Pengenalan teknologi Anti-Slip Realgrip yang inovatif tidak hanya meningkatkan prestasi Trapo Classic Mark IV, bahkan memastikan keselamatan pemanduan yang lebih baik di jalan raya.” katanya.

Pelancaran itu menunjukkan dedikasi Trapo terhadap keunggulan dan kelestarian, menampilkan demonstrasi langsung Anti-Slip Realgrip Technology serta paparan interaktif tentang kelebihan Trapo Exosystem.

 

trapo

 

Menambah kepada komitmen jenama terhadap kelestarian, Trapo telah meningkatkan penggunaan bahan kitar semula sebanyak 75 peratus dalam pembuatan karpet kereta mereka.

Trapo menawarkan sepasang Trapo Hydrophobic Car Wiper Blades (pengelap kereta) secara percuma dengan setiap pembelian karpet kereta Trapo Classic Mark IV yang diperbaharui.

Tawaran sah sehingga 28 April 2024. Promosi boleh didapati di laman sesawang https://my.trapo.asia/collections/car-mats dan mana-mana pusat jualan rasmi Trapo seluruh Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perjanjian itu bakal mewujudkan kerjasama strategik antara kedua syarikat, dimana pemilik kereta…
Berita Domestik
Buat masa sekarang, Trapo menawarkan pakej TrapoHex untuk Tesla Model S 75 (tahun 2018 ke atas) dan…
Informasi
Siri TRAPO Mark II menggunakan Bactekiller, teknologi yang dihasilkan oleh Fuji Chemical Industries…