Produk aksesori Trapo kini boleh didapati melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat pembuat alas kaki dan aksesori kereta tempatan, Trapo Malaysia hari ini telah menandatangani MoU bersama Touch 'n Go eWallet bertempat di cawangan Trapo Bangsar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian itu bakal mewujudkan kerjasama strategik antara kedua syarikat, dimana pemilik kereta kini boleh mendapatkan pelbagai aksesori termasuk alas kaki dari Trapo melalui aplikasi TnG eWallet

 

2

 

bagi meraikan kerjasama itu juga, Trapo kini menawarkan diskaun sehingga 13% kepada semua pengguna TnG eWallet untuk semua produk mereka di setiap cawangan Trapo seluruh Malaysia bermula 3 April hingga 30 April.

TnG eWallet merupakan syarikat eWallet nombor 1 di Malaysia, dimana ia kini memiliki lebih 19 juta pengguna berdaftar, yang merangkumi pelbagai perkhidmatan seperti pembayaran tol, pengangkutan, parkir dan banyak lagi.

 

3

 

Dengan termeterai nya perjanjian itu juga, Trapo Malaysia akan menjadi syarikat aksesori kereta dengan kejayaan anugerah untuk tersedia di platform aplikasi TnG eWallet.

Diasaskan pada tahun 2016, Trapo Malaysia merupakan syarikat aksesori kereta yang telah memenangi anugerah bersama lebih 15 hub luar talian di beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

 

4

 

Trapo juga telah dianugerahkan kedudukan Perak untuk kategori "Best Green Initiative" di anugerah The SOBA Award pada tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Pelancaran yang diadakan di Evolt Karting, menandakan satu pencapaian penting dalam menjadikan…
Berita Domestik
Buat masa sekarang, Trapo menawarkan pakej TrapoHex untuk Tesla Model S 75 (tahun 2018 ke atas) dan…
Informasi
Siri TRAPO Mark II menggunakan Bactekiller, teknologi yang dihasilkan oleh Fuji Chemical Industries…