Transmisi PowerShift bermasalah - Ford beli kembali unit Focus, Fiesta, kos anggaran melebihi RM400 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Ford akan menyelesaikan tindakan undang-undang kelas (class action) yang melibatkan kira-kira 2 juta pemilik dan bekas pemilik unit Ford Focus dan Fiesta yang mengalami masalah transmisi klac berkembar PowerShift DPS6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Detroit Free Press, tindakan undang-undang kelas yang difailkan pada tahun 2012 itu mendedahkan bahawa Ford sebenarnya tahu masalah transmisi yang melanda unit Ford Focus (2012-2016) serta Fiesta (2011-2016).

Antara langkah yang dicadangkan termasuklah komitmen berjamin dari Ford untuk membayar kembali wang sejumlah $30 juta (RM123 juta) kepada pelanggan yang  memiliki rekod pembaikan transmisi dalam masa lima tahun atau jarak perbatuan sehingga 96,000 km.

Selain daripada itu, Ford juga perlu memudahkan cara untuk membeli balik kesemua unit yang defektif dan melancarkan proses kepada bekas pemilik dan mereka yang memajak kereta untuk diberikan pampasan.

 


Menurut peguam Tarek Zohdy dari Capstone Law, Los Angeles memberitahu, jumlah wang yang perlu dibelanjakan oleh Ford berkemungkinan besar mampu mencecah angka $100 juta (RM400 juta). 

"Ford perlu membayar kesemua tuntutan, mereka telah mencipta transmisi yang bermasalah, dan saya mahu pelanggan yang terkesan mendapatkan kembali wang mereka.

Dalam satu prosedur mahkamah baru-baru ini, Ford dilaporkan telah membeli kembali lebih 2,666 unit kenderaan pada harga $47.47 juta (RM194 juta). 

Untuk laporan penuh, sila layari pautan di bawah untuk membaca kes-kes yang menimpa pemilik Ford di luar negara.

Detroit Free Press

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan tersebut, The Detroit Free Press berjaya mendapatkan bukti daripada beberapa orang…