Transmisi bermasalah pada Ford Fiesta, Focus - pekerja Ford dedah rahsia mengejutkan!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu laporan mengejut yang dikeluarkan oleh The Detroit Free Press, media tersebut mendedahkan rahsia di sebalik isu transmisi PowerShift bermasalah yang melanda 2 juta pemilik Ford Focus dan Ford Fiesta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan tersebut, The Detroit Free Press berjaya mendapatkan bukti daripada beberapa orang pekerja Ford yang mengakui transmisi tersebut sememangnya bermasalah. 

Ketika pembangunan kedua-dua model Focus dan Fiesta, usaha beberapa pekerja serta jurutera pembangunan cuba menaikkan isu transmisi PowerShift yang bermasalah kepada pihak atasan tidak berjaya, dan pihak atasan Ford tetap mahukan kedua-dua produk tersebut ke dalam pasaran tanpa menyelesaikan masalah yang timbul.

"Tangan saya kotor, saya rasa amat bersalah," ujar salah seorang daripada jurutera yang membangunkan Ford Focus dan Fiesta.

"Anda tidak akan mampu melawan hukum fizik, (masalah transmisi) itu merupakan kegagalan mekanikal yang sangat ketara!"
 


Transmisi klac berkembar PowerShift diperkenalkan oleh Ford pada tahun 2011 untuk model Fiesta dan Focus (2012), dan masih lagi digunakan sehingga Focus 2018 dan Fiesta 2019. 

Ribuan aduan telah dibuat disebabkan para pengguna mendapati ia bermasalah dan kerap bertukar ke posisi neutral. 

Masalah yang timbul adalah disebabkan teknologi klac kering yang digunakan (dan bukannya rekaan klac basah) di mana ia mewujudkan pekali geseran yang tidak konsisten dan terbukti tidak mampu memberikan solusi penyejukan transmisi yang terbaik.

Jurutera yang sama turut memberikan penjelasan lanjut, "Idea itu sepatutnya dihapuskan, dan tiada siapa tahu bagaimana idea ini dipertimbangkan dan diteruskan penggunaannnya pada Focus dan Fiesta.

"Sekarang, sudah banyak wang dilaburkan untuk pembangunan dan masalah besar timbul, apakah cara yang sepatutnya untuk membaiki masalah ini? Sudah tentu kos pembaikan adalah amat mahal!"
 


Setakat ini, lebih daripada 4,300 aduan telah diterima oleh agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), dan menurut Detroit Free Press lagi, Ford kini sedang 'diserang' dengan permasalahan jaminan melibatkan kos $3 billion termasuk ribuan kes tuntutan undang-undang yang kini sedang dibicarakan. 

Untuk bacaan penuh, anda boleh merujuk kepada laporan Detroit Free Press di bawah (klik pautan):

Detroit Free Press

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Detroit Free Press, tindakan undang-undang kelas yang difailkan pada…