Trak pikap Nissan Hardbody tidak sekeras namanya - sifar bintang Global NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Hardbody nampaknya tidak sekukuh nama yang diberikan apabila trap pikap tersebut memperoleh penarafan sifar bintang berdasarkan ujian Global NCAP baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut keputusan ujian tersebut, rangka badan Hardbody tersebut dikatakan tidak stabil dan memberikan kadar perlindungan yang amat lemah kepada bahagian kepala, dada dan lutut pemandu. 

 

Walaupun model entry-level dilengkapi dengan dua beg udara, ia nampaknya tidak didatangkan dengan beg udara tambahan, serta ciri pretensioner pada tali pinggang keledar.

 

 

David Ward, wakil Global NCAP ketika mengulas hasil ujian tersebut menyifatkan ia amat memalukan bagi sebuah syarikat global menghasilkan trak pikap yang tidak selamat.

"Trak pikap tersebut tidak sewajarnya menerima nama Hardbody!" ujar beliau lagi.

Nissan Hardbody (lebih dikenali dengan Nissan Frontier) ini merupakan trak pikap yang sudah tidak lagi terjual di pasaran Malaysia

Ini adalah antara sebab kenapa kita perlu membeli trak pikap baharu yang telah terbukti tahap keselamatannya. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…