Trak pikap Maxus T60 dikemaskini - kuasa meningkat kepada 155hp/425 Nm, dari RM115,888

oleh Mohamad Hanif|
The Westar Group baru-baru ini mengemaskini penawaran trak pikap Maxus T60 bagi menjadikannya sebuah model yang lebih bernilai di dalam segmennya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tempoh terhad, Maxus T60 akan dipakejkan dengan kit penambah prestasi (MAXUS Performance Kit) bernilai RM3,000 yang akan meningkatkan kuasa kuda enjin 2.8 liter itu kepada 155 hp @ 3,000 rpm dan daya kilas 425 Nm @ 1,600-2,300 rpm.

Peningkatan prestasi ini turut menyumbang kepada penjimatan bahan api serendah 9.0 liter/100 km, dan dengan tangki bahan api sebesar 75 liter, Maxus T60 mampu membenarkan jarak pemanduan yang lebih jauh.
 

T60


Transmisi masih lagi kekal dengan unit automatik Punch enam nisbah kelajuan yang dipadankan dengan sistem pacuan empat roda BorgWarner, differential mekanikal Eaton, pemilihan mod 2H, 4H dan 4L on-the-fly, serta mod pemanduan Eco, Normal atau Power.

Kapasiti muatan maksimum adalah seberat 815 kg dengan ruang kargo sebesar 1,188 liter sementara kapasiti menunda pula dihadkan kepada 3,000 kg.

Dari segi luaran, Maxus T60 membawakan reka  bentuk gril hadapan baharu dengan kemasan hitam kusam, rim 17 inci (opsyen 19 inci bernilai RM3,000), serta penggunaan brek cakera berliang depan dan belakang.
 

T60


Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah ABS, EBD, Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Brek, Intervensi Pergerakan Olengan (RMI), Bantuan Mula Mendaki, Bantuan Menurun Cerun, sistem informasi titik buta, sistem pelarasan suluhan automatik serta sistem pemantauan tekanan tayar.

Ia melengkapi ciri keselamatan pasif yang merangkumi beg udara depan dan sisi, kamera undur, sistem penderia parkir belakang, serta cagak ISOFIX.
 

T60


Untuk ruang kabin, Maxus T60 dilengkapi dengan kerusi depan boleh laras berkuasa, roda stereng dengan kawalan butang fungsi, sistem infotainmen 10 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pendingin hawa automatik, serta butang pandu mula.

Harga jualan bermula dari RM115,800, dan untuk masa terhad pembeli akan ditawarkan rebat bernilai RM1,500.

Setiap trak pikap Maxus T60 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 130,000 km, serta sokongan selepas jualan yang merangkumi pakej servis percuma selama empat tahun/80,000 km termasuk alat ganti, pelincir dan kos buruh.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…