Trak pikap Fiat Strada, RAM 700 raih 1 bintang LATIN NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Program Penilaian Kenderaan Baharu bagi Amerika Latin dan Caribbean (LATIN NCAP) baru-baru ini menguji kembar trak pikap yang dihasilkan oleh Stellantis, iaitu Fiat Strada dan RAM 700.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keputusan yang diterima agak mengejutkan di mana kedua-dua model yang laris terjual itu sekadar memperoleh skor satu bintang sahaja (daripada lima bintang markah penuh), disebabkan oleh struktur badan yang tidak stabil, beg udara sisi yang tidak berfungsi dengan baik, serta perbezaan perlindungan yang ditawarkan oleh varian yang ditawarkan.

Lebih memburukkan keadaan, kedua-dua model tersebut tidak langsung menawarkan ciri bantuan keselamatan termaju.
 

LATIN NCAP


Fiat Strada / RAM 700 versi Regular Cab hanya menampilkan dua beg udara serta ciri ESC sebagai kelengkapan standard, dengan skor perlindungan penumpang dewasa 47.47%, perlindungan penumpang kanak-kanak 22.08%, perlindungan pejalan kaki 40.23% dan 41.86% untuk bantuan keselamatan.

Sementara versi Double Cab yang mempunyai tambahan dua beg udara sisi pula tidak memperoleh skor yang cemerlang, di mana menurut LATIN NCAP, beg udara sisi itu tidak membantu menawarkan perlindungan yang sewajarnya, terutama dalam ujian impak pelanggaran tiang.

Malah, bacaan data pada patung ujian menunjukkan beg udara sisi itu tidak berfungsi dengan baik, dan menawarkan perlindungan yang buruk kepada kepala dan juga dada.

Versi Double Cab itu hanya memperoleh skor 41.39% di dalam perlindungan penumpang dewasa, 52.96% untuk kanak-kanak, 40.23% untuk pejalan kaki, serta 48.84% untuk bantuan keselamatan.
 

LATIN NCAP


Ketiadaan ciri keselamatan termaju seperti brek kecemasan autonomi (AEB), sistem sokongan lorong (LSS), pemantauan titik buta (BSD) serta peringatan tali pinggang keledar (SBR) juga turut menyumbang kepada skor satu bintang yang diperoleh Fiat Strada / RAM 700 itu.

Pengerusi LATIN NCAP, Stephan Brodziak mengecam tindakan sambil lewa Stellantis dalam menawarkan model yang tidak selamat di rantau tersebut.

"Kami mengecam tindakan Stellantis kerana mengamalkan diskriminasi terhadap para pelanggan di Amerika Latin dan Caribbean. Kami tahu Stellantis banyak menghasilkan kereta dengan standard keselamatan yang tinggi.

Sementara itu, Ketua Setiausaha LATIN NCAP, Alenjandro Furas berkata, "Fiat (FCA) sekali lagi mengecewakan kami dengan keputusan ujian yang teruk selepas model Argo/Cronos pada tahun lalu.

"Kedua-dua model ini merupakan model yang paling popular di rantau ini. Ia menjadi satu kebimbangan di mana pembekal alat ganti global masih laig menawarkan sistem kekangan tanpa keteguhan yang diharapkan, tidak seperti yang ditawarkan untuk pasaran lain seperti di Eropah, Amerika Syarikat dan juga Australia.

 

Sumber: LATIN NCAP

 

Berita Berkenaan

Berita Global
JAC merupakan jenama yang dilancarkan pada tahun 2018 dengan kerjasama diantara syarikat SEAT dan…
Berita Global
Latin NCAP merupakan salah sebuah daripada 'cawangan' NCAP yang terdapat di seluruh dunia di mana…