Latin NCAP merupakan salah sebuah daripada 'cawangan' NCAP yang terdapat di seluruh dunia di mana organisasi ini menguji tahap keselamatan kenderaan yang terjual di Amerika Latin.
Antara kenderaan terkini yang diuji oleh Latin NCAP adalah Kia Picanto versi facelift di mana hasil ujian tersebut nampaknya jauh menyimpang daripada imej yang dibawakan oleh Kia di seluruh dunia.
Nak tahu kenapa? Kia Picanto memperoleh sifar bintang dalam ujian Latin NCAP.
Sifar!
Bukanlah sebab struktur kenderaan itu sendiri, akan tetapi Kia Picanto yang dijual di negara tersebut nampaknya tidak mempunyai kelengkapan keselamatan standard.
Hanya mempunyai satu beg udara (itu pun sebelah pemandu!), tali pinggang keledar dan amaran tali pinggang lekedar sahaja, dan ciri lain seperti ABS, ESC, beg udara penumpang hadapan dan beg udara sisi hanya ditawarkan sebagai opsyen (opsyen, bukan standard!), itu pun untuk varian tertinggi sahaja.
Disebabkan itu, Picanto facelift tidak mendapat skor yang baik untuk perlindungan penumpang dewasa, terutama perlindungan impak hadapan dan sisi, serta perlindungan kecederaan whiplash.
Kia Picanto bukanlah kenderaan pertama yang memperoleh skor sifar bintang dalam Latin NCAP, malah sebelum ini beberapa kenderaan memperoleh skor serupa seperti Hyundai Accent (tiada beg udara), dan Chery Tiggo 3 (dengan dua beg udara).
Bayangkan di zaman moden, masih lagi ada kenderaan yang dijual tanpa kelengkapan keselamatan asas....